#PRNMelaka: PAS diminta hormati pendirian Umno enggan bersama Bersatu - pakdin.my

PAS diharapkan menghormati ketetapan Umno untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno tidak pernah menekan PAS untuk menjauhi Bersatu, malah menghormati keputusan pimpinan PAS untuk bekerjasama dengan parti itu.

Beliau berkata, setiap parti politik ada dasar serta perancangan tersendiri dan bebas merencanakannya.

“Bagi Umno setiap dasar dan perencanaan politiknya tidak pernah tersasar dari landasan agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, Zahid turut mengakui Umno ada membangkitkan ketetapan yang pernah dibuat oleh Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) dalam mesyuarat pada 19 Okt dan 18 Nov 2020, sewaktu menghulurkan tawaran kerjasama dalam PRN Melaka.

“Perkara itu diungkapkan semula dalam agenda meneruskan persefahaman bersama PAS bagi berdepan PRN Melaka.

“Walaupun Umno sedari awal telah bersedia untuk mengharungi PRN Melaka dengan keadaan apa sekali pun di bawah panji BN,” katanya.

Menurutnya, asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip PAS akan menggunakan lambang partinya sendiri.

“Bagaimanapun pimpinan PAS tampak tidak berminat memenuhi ketetapan MN itu kerana mahu bersama Bersatu, meskipun ia bermakna PAS perlu menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) seperti yang dikehendaki Bersatu ke atas mereka,” katanya.

UTAMAPILIHAN RAYA#PRNMelaka: PAS diminta hormati pendirian Umno enggan bersama Bersatu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium