#PRNSabah: Pengundian awal bermula - pakdin.my

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab.

Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis bersama pasangan masing layak untuk mengundi.

Tinjauan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati proses pengundian awal anggota polis dijalankan di Mes Pegawai IPK Sabah berjalan lancar.

Selain itu, proses pengundian awal juga dijalankan di Kem Lok Kawi dan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Teluk Sepanggar.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 dan pengundian awal berakhir 5 petang.

Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada SOP seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran.

Setiausaha Ikmalrudin Ishak dilaporkan berkata, peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraan kertas undian dibuat Sabtu ini.

UTAMAPILIHAN RAYA#PRNSabah: Pengundian awal bermula

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium