31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

#PRNSabah: Tiada kemenangan mutlak, Warisan pemenang terbanyak

KOTA KINABALU: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan tiada parti yang mendapat kemenangan mutlak untuk membentuk kerajaan negeri.

Walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan kemenangan dengan majoriti mudah 38 kerusi, namun GRS tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai gabungan yang berdaftar.

Mengikut Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah perlu melantik ketua sebuah parti yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

Berikutan itu, berdasarkan artikel berkenaan, Warisan adalah parti berdaftar yang memenangi majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 29.

Perkara tersebut turut ditegaskan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika bercakap kepada media tentang keputusan PRN Sabah.

“Kita dapat lihat dalam keputusan ini satu parti yang paling besar memperoleh kerusi ialah Parti Warisan, iaitu dalam jumlah 29 kerusi yang telah kita menangi.

“Jadi saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan semua tanggungjawab mereka iaitu untuk merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang terhormat yang dinobatkan untuk membolehkan kita untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah.

“Saya melihat bahawa saya juga tidak lupa bahawa keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat ini kita akan teruskan dan kita tahu keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil , begitu juga keadaan yang kita lihat di bumi Sabah walaupun kita dapat melihat kerusi-kerusi tetapi parti terbesar ialah Warisan yang memimpin kerajaan,” katanya.

SPR dalam pengumuman keputusan penuh PRN malam ini menyatakan Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) menang 14, Parti Bersatu Sabah (7) dan Bebas tiga kerusi. – BorneoToday

Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan