25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

Prof Dr Zakaria Dilantik Naib Canselor UPSI Yang Baru

Prof Dr Zakaria Kasa

Kementerian Pengajian Tinggi Isnin mengumumkan pelantikan Prof Dr Zakaria Kasa sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baru menggantikan Datuk Prof Dr Aminah Ayob yang tamat perkhidmatannya 31 Ogos lepas.

Kenyataan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi di sini hari ini berkata Zakaria yang sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI sejak 2007 dilantik ke jawatan itu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Sept lepas.

Zakaria, 54, berasal dari Kedah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Pertanian dan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional dari Louisiana State University, Luoisiana, Amerika Syarikat, selain memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional dari The Ohio State University, Ohio, Amerika Syarikat.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Zakaria menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Beliau juga telah menjalankan lebih dari 35 penyelidikan dalam pelbagai aspek bidang pendidikan serta menghasilkan banyak penerbitan jurnal dan buku.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Awam dan Presiden Persatuan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia dan kini diamanahkan mengetuai Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN).

Kenyataan itu berkata pemilihan Zakaria sebagai Naib Canselor UPSI berasaskan kriteria yang ditetapkan kementerian dan pengalaman akademiknya sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI sebelum ini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.