Program Dan Dasar Transformasi Kerajaan BN Dapat Reaksi Positif Rakyat – Pairin - pakdin.my

pairin-najibTAWAU, 4 Feb (Bernama) — Pelbagai program dan dasar transformasi yang diperkenal kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat reaksi positif daripada masyarakat Tionghua di negeri ini.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata sikap positif yang ditunjukkan itu merupakan petanda baik terhadap sokongan kaum itu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pasar Tanjung dekat sini Isnin bagi mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada peniaga di pasar berkenaan.

Beliau mengajak masyarakat Tionghua supaya memberi pertimbangan dan pernilaian wajar terhadap usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk memperbaiki segala kekurangan.

Pairin berkata adalah jelas program transformasi dan inisiatif yang digagaskan kepimpinan Najib banyak memberi fokus kepada pelbagai keperluan dan kepentingan masyarakat Sabah dan Sarawak.

“Kalau kita sudah tahu ada yang mahu membantu kita, ada yang menunjukkan keprihatinan dan sayang kepada kita, apa lagi yang kita mahu cari? Kita mestilah sokong kerajaan yang sayangkan kita dan bukan (menyokong) pembangkang yang senang-senang (pandai) cakap saja untuk kelirukan rakyat,” katanya.

Beliau berkata pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa kononnya kerajaan tidak membawa sebarang pembangunan kepada rakyat meskipun mereka sendiri menyedari dengan jelas bahawa pembangunan dan perubahan berlaku di sekeliling mereka.

Sehubungan itu Pairin menggesa rakyat Sabah supaya terus memberi sokongan padu kepada BN pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kesinambungan program dan inisiatif yang mesra rakyat dan mesra peniaga dapat diteruskan.

UTAMABERITASABAHProgram Dan Dasar Transformasi Kerajaan BN Dapat Reaksi Positif Rakyat - Pairin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium