25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

PROGRAM KHAS HAJI DARI OPERASI PERNIAGAAN YANG SAH – 1MDB

20170110-haji-mabrur-1mdb-mahathir

1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata Program Khas Haji tajaan Yayasan 1MDB dibiayai dengan menggunakan wang yang diperoleh daripada operasi perniagaan secara sah.

Dalam kenyataan pada Selasa, 1MDB menafikan program itu ditaja dengan wang “curi” seperti didakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Sambil menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan satu lagi pembohongan oleh Dr Mahathir, 1MDB berkata dana berkenaan dijana melalui operasi perniagaan sah, dahulunya dalam pengeluaran tenaga, dan terbaru melalui projek pembangunan hartanah.

“Dana yang dijana melalui operasi perniagaan ini disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang kemudian menggunakannya bagi menaja Program Khas Haji.

“Sejak penubuhannya pada 2010, Yayasan 1MDB menaja kerja amal bernilai lebih kurang RM690 juta di seluruh Malaysia dan bagi semua rakyat Malaysia, melaksanakan kira-kira 60 projek dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat.

“Projek seperti ini memberi kesan terhadap kehidupan 2.8 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, contoh aktiviti yang dilaksanakan boleh didapati dalam laman sesawang 1MDB, daripada Geran Dana PIBG, Geran Akademik untuk pelajar SPM/STPM, hinggalah kepada Geran Akademik bagi Pusat Sri Murugan dan Pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu serta Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

IMDB berkata yayasan itu juga menyokong program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam, yang menyediakan penajaan kepada lebih 600 rakyat Malaysia daripada semua kaum.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan