Progran Bossku di UKM tangguh atau batal? Maszlee gelabah #PRKDUNSemenyih - pakdin.my

Bulan November lepas, Maszlee kata dia mempelawa ahli politik pembangkang masuk ke universiti awam untuk berkongsi idea.

Dia kata ini Malaysia Baru, tahu?

Dia kata ini dasar kementeriannya untuk menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka.
https://www.malaysiakini.com/news/453791

Dengan itu, saya telah dijemput oleh Persatuan Mahasiswa UKM untuk menghadiri satu program di UKM Bangi petang ini.

Semua proses permohonan dan kelulusan yang berkenaan telah diperolehi oleh Persatuan ini.

Tetapi, selepas PH dengar saya akan hadir, mereka tiba-tiba bermesyuarat tengah hari semalam untuk “tangguhkan” program ini.
https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/21/ukm-putuskan-tengah-hari-ini-kelulusan-sembang-santai-bossku/

Mereka kata program ini ditangguh bukan dibatal.

Tetapi ianya ditangguh tanpa sebab dan tanpa tarikh baru diberikan.

Maksudya, sudah batallah tu..

Mungkin Maszlee terasa kerana saya troll dia terlalu banyak kali sehingga dia terpaksa cakap tak serupa bikin sekali lagi.

Sebenarnya saya sudah sedia untuk pakai kasut hitam ke forum ini sebagai tanda sokongan saya kepada beliau.

Tak mengapalah.

Saya Ok. Saya faham.

Facebook Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKProgran Bossku di UKM tangguh atau batal? Maszlee gelabah #PRKDUNSemenyih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium