27 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur Singapura batal – bayar pampasan RM500 juta

Mahathir temberang lagi, projek RM 50-60 billion (USD 16 bilion) difitnahnya RM 110 juta (USD 28 bilion)

1. Saya yakin ramai yang terkilan apabila projek High Speed Rail Kuala Lumpur – Singapura dibatalkan. Terkilan kerana impian untuk memiliki kereta api secepat 300 km/jam terkubur. Padahal kononnya kita ingin menjadi seperti negara-negara maju dengan sistem pengangkutan awam yang moden, pantas dan tepat waktu.

2. Di sana kereta api cepat panjangnya puluhan ribu kilometer. Bahkan mereka berlumba-lumba untuk menghasilkan teknologi yang lebih maju supaya kecepatan menjangkau 500 km per jam.

3. Lupakanlah impian untuk ‘memiliki’ Shinkansen seperti di Jepun yang panjangnya 2800 km. Lupakanlah TGV di Perancis dengan panjang laluan sejauh 2600 km dengan kecapatan 570 km sejam. Lupakanlah Korea Selatan, United Kingdom dan Sweeden yang memiliki jaringan kereta api laju sejauh 1000 kilometer. Apa lagi kalau nak dibandingkan dengan China yang memiliki kereta api laju sepanjang 25 000 kilometer atau Amtrak di Amerika Syarikat sepanjang 30 000 km.

4. Lupakan semua itu kerana ‘negarawan terulung’ lebih rela membayar RM 500 juta sebagai denda pembatalan projek Malaysia-Singapura itu. Beliau lebih berminat dengan nostalgia Jembatan Bengkok, lebuh raya bertol yang mengayakan para kroni atau LRT yang terpaksa di bailout oleh Prasarana milik kerajaan berbillion-billion ringgit setelah berjaya menghasilkan beberapa jutawan segera pada penghujung tahun 1990an.

5. Lebih menghairankan adalah alasan pembatalan projek HSR KL – Singapore tersebut iaitu kosnya dikatakan mencecah RM 110 billion. Rujuk di sini : https://www.businesstimes.com.sg/government-economy/malaysia-drops-high-speed-rail-project

6. Hello, itu angka datang dari mana? Selama ini kita tahu keseluruhan kos projek tersebut hanya sekitar RM 50-60 billion! Rujuk di sini :
http://www.myhsr.com.my/resource/newsroom/singapore-and-malaysia-closer-to-signing-16-bln-high-speed-rail-link-deal

Juga di sini https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/04/06/track-for-350km-kl-singapore-hsr-may-cost-rm40m-per-km/

7. Inilah akibatnya bila para taikun diajak untuk ‘membina negara’. Yang terjadi adalah kos naik sekali ganda entah angka dari mana! Inilah akibatnya bila menabalkan manusia egois dan pantang kalah ke puncak kuasa. Hanya pendapatnya saja yang betul dan hanya legasinya saja yang ingin dikenang. Rakyat dilupakan, keuntungan sendiri diutamakan. Sungguh mengecewakan! ?

#FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib

https://pakdin.my/kalau-pakatan-harapan-perintah-projek-hsr-ecrl-mereka-akan-dibatalkan/
https://pakdin.my/malaysia-perlu-timbang-teknologi-kereta-api-yang-terbukti-kejayaannya-video/

Berita Berkaitan

Komen

  1. ياء الله جک داتوق سري محمد نجيب تون رازق اين بنر، مک کاو تونجوقکنله کبنرنمو، سکيراڽ دي برساله، کاو امڤونکنله کسيلڤن دان کسالهنڽ. ياء الله، كاو هنچورکنله قوم ليبرل دان سکوتوڽ، بيريله کمنڠن کاتس إسلام کسلوروهنڽ. امين

  2. Semua tu tok rakyat..peluang pekerjaan.. mgurangkn kesesakn jln raya.. baek bg pampasan tu 500 juta sedekah kt org yg memerlukan lgi baik.. dah tua tu buat byk ibadat amal jariah jgn tambah dosa2 fitnah..

  3. zaman2 sekarang ni kita memerlukan rakyat yg sihat, kuat dan cerdas otak bergeliga… oleh itu marilah kita la belajar jalan kaki mcm di negara2 maju tu… baik lg anjurkan marathon dr kuala lumpur ke singapore ke… tak payah la buang2 duit rakyat nak naik kereta api laju2… ???

  4. Taik dia la..ingt dia bina klcc, kl tower, putrajaya tu harga 20sen ke? Pastu sembang pompang dia la yg majukn Malaysia segala bagai. Yg dsn nk majukn Malaysia dia kata bazir. Yg bingai2 tu p caya la smua. Eh pose2 ni buat org mrh je la atok ni

    • sbb zaman DSN xde rakyat nak kena tlg bayar utang negara.. kebajikan rakyat terjaga.. xde nak kena2 buang keje, xde hak2 Melayu nak kena usik.. hello, saya x keje pun PTPTN saya dah abis bayo.. saya ada 2 sumber loan blaja, semua dah langsai.. ni penyokong PH sibuk nak mintak tangguh, dah utang tetap utang, WAJIB dibayar.. x malu ke dah berhutang tp x nak bayar..?? dah tu termakan ngan janji2 semua free, angan2 mat jenin.. akhirnya nak makan diri dah.. yg memangkah x rasa apa sbb dah dewasa, yg terkesan anak cucu nanti.. tp x pk.. duk pikir nak mansuh benda yg remeh2, skali dapat kuasa kat depa, yg besar2 dulu dorang nak mansuhkan.. yg dalam manifesto, satu apa pun x jalan.. dasar Melayu x sedar dek untung.. nak tgg merempat dalam negara sendiri baru nak sedar time tu dah x guna..

    • Nur Zaity Hidayah mmm.ape yg pak jib bagi pun aku tak tau..jgan manja sangat semua nak di suap…aku ptptn takde..aku malas nak komen tentang tu…najib ambil alih negara pun..negara dah maju..tapi dia tinggal dengan taik2 yg dia buat..tgok jelah mcam mana dia kat dalam nanti…

    • Aikkk… Rasanye byk aje video Kate 1h lps Tawan putrajaya nk buat itu nk buat ini.. Tpi smpi la ni diam.. Yg nmpk buang Pekerja Siap ckp lantikan politik.. Byk dimansuhkan berkaitan Rakyat.. Hidup zaman tun??? Ceh senarai apa bantuan yg diye bagi..?? Apa ke mudahan Rakyat bole gi??? Klcc!!! Org kaya mcm korg aje bole gi..

  5. FAKTA YANG RAKYAT TAK TAHU TENTANG HSR

    Kebanyakan negara maju mempunyai jaringan pengangkutan peluru yang efisyen. Malaysia sedang menuju ke arahnya. Tetapi malangnnya ia tiba-tiba dibatalkan. Projek ini kosnya jadi RM60 – 70 Billion dimana ia ditanggung melalui bon-bon terbitan kerajaan selama 10 tahun. Aku tak tahu entah dari mana kerajaan yang ada hari ini boleh dapat angka RM 110 Billion. Kerajaan yang ada sekarang ada ciri-ciri untuk “hiperbola” atau “sembang kencang” bila bermain dengan angka.
    Projek ini dijangka menjana sekitar RM 21 billion GDP setahun dan dijangka juga akan mewujudkan lebih 110,000 peluang pekerjaan sepanjang/selepas projek infrastruktur itu siap melalui pertambahan bandar-bandar baru sepanjang rel, atau perkembangan bandar yang sudah wujud. Pada setiap stesen, bandar yang dibangunkan akan dibangunkan berdasarkan pelan-pelan tertentu.
    Selain pembangunan bandar, peluang perniagaan dan menarik pelabur, kita rakyat juga boleh mendapat manfaat. Contohnya, kita sudah boleh membeli rumah di luar KL yang lebih murah, tetapi tidak perlu fikirkan soal pengangkutan lagi. Zupppp, terus sampai ke KL naik kereta api ni. Macam The Flash daaaaa…
    Harga hartanah akan meningkat, sekaligus pembangunan akan meningkat, infrastructur akn meningkat. Rakyat akan dapat manfaat drpd persaingan HSR dan industri penerbangan tarik pelanggan. Jadi, harga kedua-dua tiket akan lebih murah. Ini belum masuk promosi-promosi yang akan dilaksanakan, Analoginya ialah Uber vs Grab di negara kita.
    Sektor perlancongan, pembuatan, perindustrian dan pembinaan akan meningkat. Cuba bayangkan setiap bandar-bandar ini dihubungkan melalui jaringan pengangkutan kelas dunia, tentulah akan merancakkan lagi ekonomi negara kita. Itu belum kira lagi pelancong Singapura yang akan datang ke bandar-bandar lain disepanjang laluan rel ini menyumbang duit mereka.
    Pendapatan rakyat secara puratanya akan meningkat. Jurang pendapatan antara KL dan bandar lain, atau KL dengan luar bandar akan mampu dirapatkan. Barangan daripada rural areas dapat dikomersialkan ke bandar-bandar besar dengan lebih pantas dan efisyen. Lantas ia akan membangunkan masyarakat luar bandar. Tak cukup faedah yang kita nampak kewww?
    Tun M juga aku dapati ada kencederungan untuk hiperbolakan angka-angka seperti jarak perjalanan. Untuk ECRL, dia boleh sembang nak ke Kelantan-Terenganu cecah 12 jam perjalanan. Untuk HSR pulak, dia punya gaya berbual katanya orang nak ke Singapura dalam 2 jam setengah.

    Yalah, HSR ini mampu buatkan jarak dari KL ke Singapura 90 minit atau 1 jam setengah jer. Tun berbual HSR hanya untuk jimat 1 jam perjalanan. Power betul orang tua ni pandu Porcshe dia ke Singapura dalam masa 2 jam setengah. Seseorang tolong nasihatkan sikit orang tua ni, kita perlukan dia lama untuk perintah negara kita. Karang eksiden masa bawak kereta tak ingat dunia, kita jugak yang susah. 🙁 *sob…sob…

    Kalau hapuskan pendapatan GST negara kita dalam masa setahun yang berjumlah 50 billion itu kau mampu, tak akanlah nak tanggung sebuah projek yang tempoh 10 tahun sekitar RM 60-70 Billion ni tak mampu?
    Hutang negara? Aku masih berpegang pada definisi IMF dan Bank Dunia bahawa hutang kita sekadar RM686.6 Billion. Dalam sekitar 50 peratus sahaja. Perkiraan Contigent Liabilities+PPP/PFI itu mazhab baru LGE dengan Tun M buat. Malah PM ke-4 kita pun tak pernah kira hutang negara level macam tu. LGE dengan PM ke-7 boleh pi tanya PM ke-4 kita. Hidup lagi tu…

    Untuk pengetahuan PM ke-7, hutang negara kita pernah cecah 103% di bawah pemerintahan PM ke-4 kita tau. Kalau angkut mazhab baru LGE dengan Tun M tu pun, hutang berbual 1 trillion itu pun baru cecah 80% KDNKK kita. Tak percaya pergi tanya dia lagi. (PM ke-4 kitewww ler)

    Dia tu berpengalaman tau perintah negara kita. Masa zaman dia, kita mampu survive walau projek mega berlambak. Begitu jugak 1991-1993, berada pada paras 73.2%,64.38%,55.25% (lagi banyak dari hutang KDNKK negara kita), tak ada pulak PM ke-4 batalkan projek dia kan? Menara KL dengan KLCC tetap teguh berdiri jer hari ini.

    Ingat, China dulu pun sebelum dia jadi kuasa ekonomi dunia sekarang, dia buat infrastructure dulu. Hampir 15 tahun projek mereka berjalan dan selepas itu barulah ekonomi setempat mula berkembang. Dari situ mula, perniagaan tempatan mula memasuki pasaran nasional seluruh negara dengan mudah dan cepat. Bila perniagaan mula pesat dia orang akan cari market luar negara untuk majukan lagi bisness mereka. Dari situ ekonomi China mula berkembang.
    Ke main cancel-cancel ni sebab dendam pada Najib atau tak dapat bantu kro…? Yalah, Tun Daim pernah berbual HSR dengan ECRL akan bunuh industri penerbangan. Ada sesiapa ke kat sana yang “sahabat dunia akhirat” Tun M?
    Selamat bersahur dan bertabahlah…

    P.S: Yang suruh upgrade KTM kita ni tentu geng tak pernah naik KTM kan? Kau orang pernah tengok tak lokasi stesen-stesen KTM ni macam mana? Tempat jin bertendang brader. Dahlah tak strategik untuk pembangunan. Tak strategik untuk pengangkutan. Kesian kan?

    • Hapus GST adalah satu langkah keterbelakang .

      Mengapa cakap macam tu malaysia satu2 nya negara yang buat pusingan uturn hapuskan GST . Hatta negara indonesia yang kita semua tahu seperti apa keadaannya pun tetap pertahankan GST even tukar pemerintah . GST indonesia dah berjeman lamanya . Kita? Nak negara maju tapi sistem2 efisyen macam ni kita abaikan tanpa faham sesikit pun manfaat nya pada kita semua . Lebih mendengar pada sentimen berbanding fakta .

      Pengangkutan Awam yang berkelas dunia kita sudah hampir mencapainya kini dibatalkan hanya kerana dendam . Kau tahu apa yang boleh buatkan negara kau di pandang tinggi adalah negara punya ” pengangkutan Awam berkelas dunia spt Japan, korea selatan, sepanyol etc .

      Asas untuk jadikan negara malaysia ni maju sudah di pasak dan di buat oleh DS Najib tetapi ianya tertangguhnya bila seorang PM yang punya sifat dendam mengantasi segalanya . Ada orang cakap dgn aku hutang kita sudah capai trillion ? Aku jawap kau masih percaya dgn data2 angka2 yang tidak konsisten di keluarkan oleh menteri keewangan yang baru ni?

      Cubalah buka minda, buka mata luas2 hutang kita tak sampai ketahap itu . Cari maklumat yang tepat dalam status ni ada fakta terperinci tentang hutang negara .

      Korang fikirlah untuk masa depan korang . Aku anak muda ingin kan kemajuan tapi kini tinggal angan2 ?

    • Ade kata xde pulangan 1 sen pon, generasi akn dtg akn terbeban dgn hutang. Ok, let’s talk the real economy here (bahasa layman jerr). Dgn terbinanya HSR:

      Harga hartanah akn meningkat, thus pembangunan akn meningkat, infrastructure akn meningkat.
      Rakyat akn benefit drpd persaingan HSR dan kapal terbang utk tarik pelanggan. So, harga kedua2 tiket akn lebih murah blom masuk promosi2 yg akn dilaksanakan. Just like uber n grab dulu2.
      Sektor perlancongan, pembuatan, perindustrian dan pembinaan akn meningkt. Employment rate meningkat dgn lbih byk peluang pekerjaan.
      Income rakyat secara puratanya akn meningkat. Barangan drpd rural areas dpt dikomersialkan ke bandar2 besar dgn lebih pantas dan efisyen. Lantas mmbngunkan masyarakat luar bandar.
      GDP akn meningkat, Debt – GDP ratio akn menurun, rakyat akn byr tax lebih tinggi sbb purata income dah meningkat. So, kerajaan dpt byr balik x projek2 tersebut?
      Income bkn dtg drpd projek tu sndiri. Tpi drpd rakyat secara keseluruhannya.

    • Mohd Sahdan Ahmad well said brother. No matter how hard and harder you try to explain to them golongan “M”aksum tak akan terima. They will spin & twist the plot to thier liking version of stories or to thier best fantasy. Thier mind and hearts seem to have been blocked, by the “M”ukjizat i guess. Nevertheless brother, keep it up, never stop telling the truth because one fine day the truth will prevail & speaks for itself. In Shaa Allah. Aaamiin.

    • …org kita lebih percaya cerita Hantu dp cerita berfakta sebenar & malas nk mencari maklumat… pasal GST penat dah aku story akan kebaikanya ..berbanding SST… last2 kena hentam..haha… payah dikelilingi puak yg taksub dgn politik

  6. Dia bolihlah naik jet anak beranak kayaraya… Baru na bangga Malaysia ada Keretapi laju…da hati kaulu busuk sipat dendam sebati d jiwa.. Tak bolih Org lain lebih.. Pancong cantas…lpas tu Alasan bayak salahkan itu Ini…

  7. Apa agenda mahathir sbnrnya..adakah ini y pgundi PH nak..menafikan peluang kerja anak2 bangsa.Ya Allah..betapa lemah minda kamu.undi Ph semata2 Nk jtuhkan DSN kononnya tp mgundang bala lagi maha dasyat.baru 3 minggu macam2 fahaman cerca merba dibawa.bantulah kami ya Allah.berikankah hidayah kpd mereka

  8. nak maju cmne..kerajaan xde duit..duit hbis najib rosmah dan macai2 dah kaut..berjuta , pndedahan pd rakyat yg naib wt PH batslkan..masa najib amik alih kenapa byk projeck yg tun dah susun dia batalkan..masa tu hutang negara xlsh mcm skg..

  9. Atuk oh atuk.. Setetmen makin lama makin namoak lak kebodohannya… Sebab dh tua atau sebab dah nyanyuk.. Ke sebab nk kaver kroni.. Or sebab hasad dengki..
    Tak sangka sungguh atuk PM7 mempunyai tahap pemikiran yang amat rendah..
    Esok, IJM, YTL Gamuda.. Konpom tergolek..
    Planstation stocks juga maut esok.. Sime darby kene hentak lagi la.. Sebab aoa.. Sebanya China konpom x nak import sawit dari malaysia..
    Sapa rugi?? Peneroka kan

    Hahahaa… Undilah Atuk dn PH
    Ini jadinya..

    • ..nanyuk? Bn kalah ngan orang nyanyuk?kesian…..kroni2 pun anak malaysia gak…bkan negara luar punyer kroni….cuba awak p cek kat projek trx jln tun razak…tgok gate a gate b gate c gatr d…ape dia tulis kat pintu gerbang tu…paham tak bahas yg di gunakan tu.heheheh

  10. Nak kata ap deorang dh memerintah.. ak pecaya org2 yg pangkah ph mesti menyesal tapi nk xnk hadap je le dgn cara tun m .. ini la org pangil nk cegah kemungkaran kecil tapi kemungkaran yg lagi besar akan terjadi .. sedih ak tgok 1 1 hal org melayu akan tgok dan xsuka ap akan jadi lepas ni .. tonton la sama2 k..

  11. Hutang 1 trilion bayar duit siapa…
    Hutang 1mdb bauar duit siapa… Zaman tun 22 tahun tun tak hulur tangan kaum India… Tapi tun tak hentikan kenaikan orang mempunyai bakat… Yang ada bakat, cari sampah ada besi buruk sendiri hari ini. Yang masih bagi ayat sama zaman dulu duduk bagi ayat tapi tak buat apa apa.. Zaman tun kaum India yang ada bakat hidup yang cari jalan selok masih selok….

  12. Penah tgk wawancare wakil pelabur luar sebut kos menelan belanje baru RM55bilion maybe termasuk hal2 lain jumlah jdi RM60 Bilion… tp tengok beriter smlm blh plak die batalkn 1 hal jumlah blh jdi sekali gande RM110 Bilion… ingtkn salah dgr bile bace komen sah aku x pekak… tgk fitnah merate2 terbukti kaki fitnah nila yg korang undi… bru nak maju die patah balik ke negare 20 tahun lepas… sungguh tok kaduk la ???

  13. Tak payahlah kondem Tun macam2 keadaan ekonomi sekarang xmengizinkan dan tun memikirkan bukan semua org mampu naik kereta api berkelajuan tinggi sudah pasti mahal bg rakyat yg xmampu Tun nak buat sesuatu dia memikirkan dari segala aspek dan keperluan rakyat .

  14. Dulu nak bina KVMRT semua dok bising… buang duit rakyat. Kenapa nak guna kos yang tinggi. Nak pakai Viaduct dan Terowong. Tunjuklah cerita MRT guna bas dan jalan raya, mudah. Kalau dah pemikiran dok bangkang dr dulu lagi, yg baik pun bangkang. Sekarang KVMRT camno? Baguih dak?

  15. Satu projek mega batal, 40k (RM650j setahun) penjawat awam dipecat untuk tampung pampasan. Kalau selepas ini ada lagi projek mega dibatalkan berapa puluh ribu lagi penjawat awam yang akan dipecat? Kesan dari pemecatan penjawat awam ni dirasai oleh hampir 160k manusia. Suami, isteri dan dua orang anak (4 orang). Ini belum masuk lagi ibubapa dikampung yang terima bantuan dari anak-anak mereka.

  16. HSR DAN KEWANGAN NEGARA

    Dari 2007 lagi syarikat YTL dengan teknologi Siemens sudah mencadangkan kepada kerajaan untuk dibina projek kereta api berkelajuan tinggi di antara KL- Singapura.

    Trek sepanjang 350km dengan tren kelajuan 300km/j.

    Berapa kosnya? RM 8 billion.

    Tetapi EPU menolak projek ini atas sebab komitmen kewangan yang tinggi.

    10 tahun kemudian, projek yang sama diperkenalkan kembali dan kita dimaklumkan kosnya adalah RM70-80 billion.

    Sama ada kos telah naik berpuluh kali ganda atau kerajaan dahulu suka ‘inflate’ kos projek kereta api untuk tujuan tertentu hanyalah membawa satu persoalan iaitu: bagaimanakah mereka menguruskan kewangan dan ekonomi negara?

    Projek HSR KL-Singapura sememangnya ada kebaikan. Malahan, setiap projek boleh diberikan justifikasi untuk kelulusan…..atas kertas.

    Misalnya projek ECRL. Guna sahaja ‘basis’ bahawa muatan kargo dari Pantai Timur sebanyak 60 juta tan metrik setahun menjelang 2025, boom, projek lulus. (Walaupun kadar muatan kargo sekarang hanyalah 6 juta tan metrik di seluruh Malaysia.)

    Begitu jugalah projek HSR.

    HSR akan memajukan kawasan luar bandar seperti Ayer Keroh, Muar dan Batu Pahat. Pelancong makin ramai, industri tempatan (perabot dsbg) mempunyai pasaran lebih luas, projek ‘spill over’ di kawasan ini akan dibina dan nilai hartanah meningkat.

    HSR akan memendekkan masa perjalanan. Kalau dengan pengangkutan udara, masa diambil dari ‘door to door’ adalah 4 jam. Kini ia bakal mengambil masa 2 jam.

    HSR akan merancakkan aktiviti ekonomi dan perkongsian sumber serta bakat di antara dua kota raya. Pekerja dan bisnesman KL mudah bekerja di Singapura dan sebaliknya. Lebih banyak syarikat Singapura akan beroperasi di KL atas faktor kos.

    Ini semua benar dan ada meritnya.

    Namun, setiap yang baik pasti ada yang buruknya. Kesan negatif kepada projek HSR juga perlu diambil kira.

    Pertama, HSR akan memberi kesan langsung kepada industri penerbangan.

    Laluan KL-Singapura adalah laluan paling sibuk si dunia dengan 30,500 penerbangan setahun.

    Apabila dikatakan paling sibuk, ia bermaksud ‘lucrative’. Secara kasarnya nilai ekonomi yang dijana bagi laluan ini adalah sekitar RM2 billion ke RM3 billion. (Tambang, caj parking, penyelenggaraan, cukai lapangan terbang dll)

    Ianya melibatkan hampir 10 syarikat penerbangan yang mempunyai slot KL-Singapura. Antaranya adalah MAS (milik kerajaan) dan AirAsia (milik Malaysia).

    Sebarang kehilangan ‘revenue’ di laluan paling sibuk ini kepada HSR sudah pastilah memberi kesan kepada syarikat, pekerja, vendor dan kerajaan.

    Adakah kita bersedia ‘mengacau’ (disrupt) aktiviti ekonomi di laluan tersebut?

    Kedua, kos HSR adalah terlalu mahal.

    Bagaimana sesebuah projek yang 10 tahun dahulu bernilai RM8 billion tetapi kini menjadi RM100 billion (termasuk kadar faedah)?

    Purata kos membina HSR adalah sekitar RM60 juta- RM100 juta per kilometer.

    Dengan ‘price tag’ RM100 billion dan sepanjang 350 km, projek HSR KL-Singapura menjadikan kos per km sebanyak RM285 juta.

    Ianya kos yang amat tinggi. Sedangkan keadaan topografi tanah di sepanjang laluan KL-Singapura tidak memerlukan pembinaan merentasi gunung ganang mahupun banjaran sebagaimana di Eropah mahupun China.

    Kos buruh dan bahan mentah juga tidaklah semahal seperti di Amerika dan negara maju yang lain.

    Ini membawa kita kepada perkara ketiga iaitu- adakah kita mampu membiayai projek HSR?

    Dengan berbelanja (baca: berhutang) RM100 billion, secara kasarnya kita bakal membayar RM250 juta sebulan selama 30 tahun.

    Sebuah jumlah yang amat tinggi lebih-lebih lai mengambil kira kedudukan hutang negara sekarang.

    Sesetengah penganalisis, pakar, pengkritik mahupun bekas Menteri Kewangan boleh mengendahkan kadar hutang kerajaan sebanyak RM 1 trillion.

    Mereka boleh berselindung di sebalik definisi dan terma hutang yang diguna pakai.

    Namun definisi ataupun tidak, hakikatnya kerajaan telah membayar hampir RM7 billion hutang 1MDB sejak 2017. (Nilai yang sama dengan pembayaran BR1M setahun kepada 7 juta isi rumah.)

    Dan… jumlah pembayaran hutang ini akan terus meningkat dan dibayar oleh kerajaan kerana ini adalah contoh di mana entiti yang dijamin hutangnya tidak mampu membayar sendiri hutang mereka sehingga kerajaan terpaksa campur tangan.

    Selain daripada hutang sedia ada, terdapat projek mega yang lain seperti MRT 2 (RM32 bn), LRT 3 (RM9 bn), Pan Borneo (RM29 bn) dan West Coast Highway (RM4.6 bn) yang sedang berjalan.

    Ini tidak dicampur lagi dengan projek super mega akan datang seperti ECRL (RM66 bn), MRT 3 (RM50 bn), Melaka Gateway (RM15 bn) dan Kuantan Industrial Park (RM8 bn).

    Kesemua komitmen ini sahaja berjumlah RM213 billion iaitu sama nilai dengan bajet setahun kerajaan.

    Adakah kita punyai wang sebanyak itu untuk membiayai kesemuanya?

    Atau kita terus berhutang dalam mendapatkan dana?

    Atau kita mengenakan cukai baru kepada rakyat untuk membayar hutang tersebut?

    Sedangkan kita tahu lebih separuh pekerja Malaysia berpendapatan bawah RM2,000 sebulan. Mereka yang ada kerja, gaji tak banyak.

    Itu yang ada kerja. Walhal, nak cari kerja juga payah. Kadar pengangguran di kalangan graduan adalah 11%- paling buruk berbanding Thailand, Vietnam dan Indonesia.

    Dan banyak lagi angka / statisik yang memerlukan kerajaan berbelanja ke arah peningkatan kesejahteraan rakyat.

    Jadi, adakah wajar kita membelanjakan RM100 billion untuk projek HSR?

    Tepuk dada tanyalah selera.

    Ia bukanlah kerana memiliki laluan kereta api laju tidak membawa apa-apa manfaat.

    Jepun mempunyainya.
    UK-Perancis mempunyainya.
    China juga mempunyainya.

    Namun ingatlah pesanan orang-orang tua kita: Ukurlah baju di badan sendiri.

    Radzi Tajuddin

  17. Malaysia merdeka dulu umno y wujud n kuat masa tu.. Anak muda skrg bengong telajok na pilih sgt PH . kan da mendapat.. Hadap la tm demo tu.. Hampa pilih PH sgt hampa dpt apa.
    Dapat jdy macai la .. Hahaahaaa. 5 taun lg mgundi BN pulak akan ganti.
    Janji mesti ditepati mcm DSN ckp..

  18. Takyah cito banyak laa memasing…bn dah kalah, ph dah monang …kojo kito ngundi yo….lopeh ngundi takyah nak nyalak lobih2 doh..takdo guno…klu tak setuju pun dengan ph, sok 5 tahun lagi kito ngundi balik hehehehehe…

  19. Rakyat malaysia dah memilih PH….tu yang sebenarnya….yang tak setuju tu…segelintir aje…tu yang kalah tu….bila rakyat dah memilih PH…bermakna rakyat percaya dengan kepimpinan PH….betul tak?hehehhehehehe

  20. PROGRAM PINJAMAN MUDAH Mengalami masa ekonomi yang tidak menentu ini, ramai yang mendapati diri mereka menghadapi situasi di mana mereka dapat menggunakan bantuan kewangan. Sama ada untuk kecemasan, pembaikan rumah, menggabungkan hutang atau percutian keluarga – pinjaman peribadi yang rendah adalah cara yang selamat dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Di Alta Finance LLC, kami pakar dalam program pembiayaan Pinjaman yang boleh dipercayai dan cekap. Hubungi kami hari ini menggunakan e-mel syarikat kami: altafinancellcfunding@gmail.com

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.