PROJEK LANDASAN PANTAI TIMUR (ECRL): SERANGAN SEMAKIN MENGARUT - pakdin.my

Hari ini serangan tidak logik Pakatan diteruskan lagi, kali ini datang dari kenyataan bersama dari Pakatan Rafizi, Tony Pua, Wong Chen, Hatta Ramli dan Ong kian Ming.

5 ahli Parlimen ini mengatakan bahawa fakta Petronas yang menggunakan landasan berkelajuan rendah 77km menghubungkan Kompleks Petroleum Kerteh dan Kompleks Petroleum Gebeng di Kuantan dengan 3 hentian sebagai bukti Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak berdaya maju.

Tidak pasti adakah 5 Ahli Parlimen Pakatan ini memahami perbezaan antara keretapi pengangkutan barang yang perlahan sepanjang 77km untuk tujuan industri Petronas dengan keretapi yang moden dengan kelajuan api talian untuk kegunaan industri dengan keretapi moden elektrik berkelajuan 170km/j untuk tujuan pengangkutan barang dan penumpang sejauh 688km yang menghubungkan Kelantan ke Pelabuhan Kuantan dan Kemaman di Timur dengan Pelabuhan Klang di Badat – yang akan membuktikan untuk menjadi kelebihan strategik untuk penghantaran dan pengurusan logiatik Timur dan Barat.

Pada mulanya, orang-orang ini mengatakan ECRL adalah rangkaian landasan keretapi yang paling mahal di dunia – terbukti salah apabila menggunakan contoh yang lain.

Kemudian mereka mengatakan bahawa landasan tunggal (single track) dan bukan elektrik (not electrified) di laluan tanah rata di Tanzania yang mana lebih daripada separuh daripada landasan adalah untuk menggantikan landasan sedia membandingkan ECRL adalah lebih mahal – walaupun ECRL adalah projek landasan Keretapi elektrik berkembar (double track) yang akan merentasi banjaran gunung dengan 110km jambatan dan 50km terowong.

Kemudian mereka mengatakan kos tiket kereta api akan menjadi mahal – untuk makluman 70% daripada trafik kereta api sebenarnya adalah pengangkutan barangan/kargo.

Apabila dakyah mengenai harga tiket dan perbandingan dengan projek keretapi Tanzania gagal, Pakatan buat perbandingan yang pelik membandingkan kos projek landasan elektrik berkembar dalam negara di mana projek di Pantai Barat adalah hanya untuk menggantikan landasan sedia ada kepada landasan berkembar di jajaran kurang mencabar dari segi geografi – dijadikan perbandingan bagi menunjukkan kononnya ECRL 50% lebih mahal walaupun kedua-dua projek berbeza sama sekali.

Apabila sekali lagi terbukti kebodohan dengan perbandingan terswbut, mereka kemudian mendedahkan kajian kemungkinan yang dibuat pada tahun 2009 yang menunjukkan landasan 545km dengan kos hanya RM29 bilion tetapi buat tidak nampak bahawa ECRL kini berdasarkan harga bagi laporan 2017 untuk jarak 688km (peningkatan 30%) termasuk 88km dari Gombak ke Pelabuhan Klang melalui kawasan bandar yang sudah tentu kosnya lebih tinggi berbanding jajaran lain.

Dan kini mahu membandingkan ECRL dengan landasan pengangkutan produk petroleum 77km?

Hari demi hari perbandingan dan serangan dari Pakatan semakin tidak masuk akal.

According to PakaTun, the ECRL rail is not viable but a Great Canal between Kuantan to KL is viable.

Menurut PakaTun, ECRL tidak berdaya maju berbanding projek terusan (Great Canal) antara Kuantan ke Ke Kuala Lumpur.

Kajian bernilai RM12 juta setiap km bagi 20km lebuh raya adalah munasabah dan berdaya maju.

Adakah RM100 juta hingga RM200 juta untuk membina setiap km lebuh raya di Pulau Pinang atau RM550 juta setiap km terowong Pulau Pinang terowong adalah berdaya maju.

Yang paling berdaya maju adalah RM30 juta untuk membina 12km laluan basikal di Pulau Pinang.

Why don’t PakaTun just come clean and say you object to the east coast states catching up with the west coast states or that they will oppose any development projects as long as it is not their projects?

Mengapa tidak pakatun secara mudah mengatakan anda menentang perhubungan negeri Pantai Timur dengan negeri Pantai Barat atau akan menentang sebarang projek-projek pembangunan selagi projek-projek itu bukan projek mereka?

20161121-ecrl-kuantan-kerteh-pakatun 20161121-ecrl-kuantan-kerteh

Rujukan:

https://www.iproperty.com.my/news/6595/rm2b-redevelopment-for-kerteh-kuantan-rail-link#ewa9pjv7d2vgfetr.97

UTAMAPOLITIKPROJEK LANDASAN PANTAI TIMUR (ECRL): SERANGAN SEMAKIN MENGARUT

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium