24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Projek Usahasama Marina One & DUO di Singapura: Malaysia menguasai 60% – Singapura Jual Negara?

Malaysia memiliki 60% daripada kedua-dua projek ini di tanah utama Singapura bernilai RM33 bilion.

Ikut logik pembangkang Malaysia, Hsien Loong akan dituduh oleh Mahathir “menjual negara” kepada Malaysia?

Apa yang ramai tidak menyedari bahawa Kerajaan Singapura cuba membuat kita membayar cukai tanah sebanyak RM5.1 bilion ke atas kedua-dua projek itu tetapi Najib mainkan mereka dengan pergi ke mahkamah antarabangsa untuk mengisytiharkan kita tidak berhutang apa-apa dengan Singapura.

Sudah tentu rakyat Singapura marah:
https://mothership.sg/2014/11/spore-watched-1-47-billion-in-revenue-evaporate-before-her-very-eyes/

***********

Khazanah, Temasek rai projek pembangunan ikonik bersama di Singapura

Khazanah Nasional Bhd dan Temasek Holdings (Private) Ltd mengumumkan kejayaan menyiapkan dua projek pembangunan ikonik bersama di Singapura, dengan pelancaran rasmi Marina One dan DUO oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Kejayaan menyiapkan dan melancarkan perasmian Marina One dan DUO, yang memiliki gabungan nilai pembangunan kasar kira-kira RM33 bilion, adalah hasil kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang dimanfaatkan daripada hubungan dua hala yang kukuh dan telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

“Kejayaan menyiapkan projek pembangunan bersama bertaraf dunia oleh Khazanah dan Temasek membuktikan apa yang kita boleh capai menerusi kerjasama dan perkongsian erat yang memanfaatkan kekuatan dan faktor-faktor saling melengkapi antara kedua-dua negara, dalam hal ini gabungan kekuatan dan nilai-nilai kompetitif Iskandar Malaysia dan Singapura,” kata Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, di sini.

Marina One dan DUO juga menjadi bukti kerjasama erat antara Khazanah dan Temasek, serta komitmen dan keupayaan mereka untuk memajukan bersama dua projek ikonik utama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Pembangunan Marina One dan DUO, masing-masing terletak di Marina South dan Ophir-Rochor dilaksanakan M+S Pte Ltd.

Syarikat berkenaan dimiliki secara bersama oleh Khazanah dan Temasek, susulan satu pemetraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura pada 2011.

Marina One and DUO adalah projek pembangunan bersepadu melibatkan komponen pejabat, runcit dan residensi.

Ia sudah memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan melibatkan reka bentuk lestari dan mesra alam.

Sementara itu, Bernama melaporkan, apabila ditanya mengenai sama ada peranan M+S Pte Ltd akan diperluaskan lagi selain daripada dua pembangunan di Singapura itu, Azman berkata: “Masih terlalu awal untuk menyatakan pada tahap ini.”

Azman berkata demikian ketika ditemui selepas acara pelancaran tersebut di sini.

“Sama ada akan ada lagi bukan terpulang kepada kami untuk menyatakannya kerana kami ada perjanjian pemegang saham untuk melaksanakan ini. Tetapi untuk melaksanakan ini bukan bermakna hanya pembangunan, ia juga tentang pengurusan hartanah kerana kami perlu mengekalkan sewaan, pajakan dan penyewa… yang berterusan,” katanya.

Beliau menambah, M+S Pte Ltd akan meneruskan peranannya sebagai pengurus hartanah bagi pembangunan ini untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.- BERNAMA


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155061169775952&id=157851205951
https://pakdin.my/isu-tanah-ktm-di-singapura-apa-mahacai-mahathir-tidak-tahu/

Berita Berkaitan

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun...

FGV Catat Keuntungan RM20.55 Juta Suku Kedua Tahun Ini

FGV Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM20.55 juta pada suku kedua berakhir 30...

Prospek positif ekonomi pacu kenaikan ringgit

Prospek positif ekonomi Malaysia disokong langkah holistik kerajaan membendung penularan COVID-19 mencetuskan peningkatan nilai...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan