Home / :: BLOG :: / Proses Demokrasi PH Songsang! – Latheefa Koya

Proses Demokrasi PH Songsang! – Latheefa Koya

Ahli majlis pimpinan pusat PKR, Latheefa Koya kesal dengan tindakan Pakatan Harapan (PH) menamakan calon perdana menteri dan timbalan secara tergesa-gesa.

Menurutnya, tiada penerangan diberikan kepada ahli parti sebelum pengumuman dibuat dan ia hanya memerangkap gabungan empat parti pembangkang itu dalam permainan politik BN.

“Bagi saya, pengumuman calon PM/DPM secara tergesa-gesa adalah satu tindakan memerangkap diri sendiri dalam game BN.

“Malangnya, pihak pimpinan baharu sekarang nak turun nak beri penjelasan. Terbalik!

“Perkara ini sepatutnya dilakukan sebelum bukan selepas! Proses demokrasi songsang,” katanya menerusi Facebook, Jumaat.

Pada Ahad lalu, PH mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua jawatan tertinggi negara sekiranya mereka berjaya memenangi PRU14.

Sementara itu, Latheefa menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak untuk jawatan perdana menteri.

Beliau turut mendakwa BN yang mensabitkan kesalahan Anwar yang kini di penjara sehingga tidak layak bertanding.

“Tetapi kita yang macam bodoh ulang-ulang Anwar tidak layak, jadi kita kena cari orang lain. Mudahnya nak patahkan perjuangan kita ini,” katanya.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=397160450723889&id=100012898119246

(Visited 11 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Hamzah Zainuddin mengaku menjadi broker 36 Ahli Parlimen BN melompat

Hamzah Zainuddin mengesahkan beliau adalah broker 36 ahli Parlimen BN menandatangi surat menyokong Mahathir sebagai …

8 comments

  1. Rosli Salim Unggal

    Apo dah jadi yg kau.mogah2kan tu madey tak tau koya tak tau min tak tau angan2 mat jenin demi kuasa bekas penyamun gak

  2. Rosli Salim Unggal

    Apo dah jadi yg kau.mogah2kan tu madey tak tau koya tak tau min tak tau angan2 mat jenin demi kuasa bekas penyamun gak

  3. Ranny Majurin

    party porak peranda gila kuasa

  4. Mohd Zakri HJ Ahmad

    T..la…awal2 lg Ahli ahli Gabongan PH tlh dikelentong oleh TM…dan kau injgat sengatan dia masih berbisa spt semsa dlm UMNO…salah jangka tu friend…dan selama ini rupa2nye..PH selaim TM..tdk mempumyai pemimpin yg tahu megetuai Negara..tak lps juga dr orang UMNO…skg rakyat dah nampak akan kelemahan parti dokongan PH…tiada pemimpin yg layak..utk jd PM…maka lagi truk lah…TM blh pusing U= turn..jaga2…

  5. Ct Payung

    loyar kelabu asap!! the worst is yet to come..tak gitu..

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: