Proses Pengiraan Undi PRU-13 Bermula Sejak 5.30 Petang - pakdin.my

kira-undi-pru13

Proses pengiraan undi bagi pilihan raya umum ke-13 bermula 5.30 petang setelah kesemua 8,245 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang di seluruh negara.

Menurut portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), www.pru13.gov.my, sebaik sahaja tempat mengundi ditutup, Ketua Tempat Mengundi menutup peti undi dan memeteraikannya dengan cara meletakkan pelekat keselamatan di hadapan ejen mengundi.

Proses pengiraan undi kemudian bermula dengan memotong ikatan penutup peti undi dan mengeluarkan kertas undi untuk dimasukkan ke dalam dulang ‘Undi Belum Dikira’.

Seterusnya, kertas-kertas undi dipaparkan di hadapan ejen dan dikira mengikut dulang masing-masing.

Selepas itu, semua kertas undi dimasukkan ke dalam sampul, dimeterai dan dimasukkan ke dalam peti undi yang akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661 pengundi berdaftar mengundi hari ini, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam pilihan raya umum di negara ini.

Kesemua pusat pengundian dibuka serentak pada 8 pagi di seluruh negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai raya.Keputusan pertama dijangka diumumkan kira-kira 7.30 malam ini.

UTAMAPILIHAN RAYAProses Pengiraan Undi PRU-13 Bermula Sejak 5.30 Petang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium