31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 10, 2021

Proses tender jualan saham GLC adil: PM @Najib Razak

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini berkata proses tender bagi penjualan saham syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah adil dan objektif.

“Kita sedang belajar daripada apa yang kita lakukan dahulu. Kita kena buat proses penilaian yang lebih telus, lebih objektif.

“Pada peringkat awalnya kita kaji betul-betul, (bila) sudah puas hati baru kita bagi,” katanya pada majlis bersama lebih 800 pesara pegawai kanan kerajaan di sini.

Najib mengulas ucapan aluan wakil pesara terbabit, Datuk Zainal Abidin Nordin, iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, yang mahu kepentingan Bumiputera terpelihara termasuk dalam soal penjualan saham GLC.

Bagaimanapun, Najib berkata proses penilaian pembida saham syarikat GLC tidak menjamin kemungkinan berlakunya kegagalan namun sekurang-kurangnya proses tersebut adalah lebih telus dan objektif.

Najib menjelaskan saham GLC bukan dijual kepada sebarang orang kerana hanya pihak yang paling layak dalam kalangan pembida akan berjaya.

“Kita pun tahu jangan bagi banyak sangat kepada seorang dua, tak boleh. Tapi Alhamdullillah cara seperti ini (melalui tender) setakat ini baik,” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa agenda membela ekonomi Bumiputera perlu diteliti berikutan kelemahan yang berlaku sebelum ini.

Namun, katanya, kelemahan itu bukannya disebabkan kesalahan usahawan dulu tetapi kerana krisis kewangan yang tidak diduga menyebabkan syarikat besar terjejas.

“Kerajaan terpaksa memulihkan syarikat (berkenaan). Pada saya, kalau letak harapan kita pada satu dua individu sahaja tak boleh. Kita mesti beri kepada Bumiputera yang layak dan mampu atas dasar merit, bukan kenalan kita tapi orang yang terbukti pencapaiannya boleh dilonjakkan ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Najib berkata, kerajaan perlu membantu mereka yang benar-benar layak dan berdaya maju untuk dibantu, bukannya golongan “rent seekers” yang mencari keuntungan mudah

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.