24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Protes ganas landa Hong Kong

HONG KONG – Ribuan penunjuk perasaan di Hong Kong hari ini menyertai demonstrasi baharu sebagai membantah kehadiran peniaga cina di bandar sempadan.

Protes di bandar Sheung Shui tidak jauh dari bandar Shenzhen itu pada mulanya diadakan secara aman, namun bertukar ganas apabila pertempuran tercetus antara kumpulan penunjuk perasaan dan pihak berkuasa.

Polis dilaporkan terpaksa menggunakan penyembur lada terhadap peserta protes yang bertindak membaling pelbagai objek termasuk payung dan serbuk tidak diketahui ke arah mereka.

Sheung Shui menempatkan puluhan farmasi dan kedai kosmetik yang sangat popular dengan peniaga dari Tanah Besar China yang mendapatkan pelbagai barangan di Hong Kong tanpa dikenakan cukai jualan dan menjualnya semula di seberang sempadan.

Gambar yang menjadi tular di media sosial menunjukkan beberapa peserta protes menerima rawatan akibat kecederaan dialami ketika pertempuran ganas tersebut.

Protes yang bermula dengan bantahan rang undang-undang antiekstradisi sejak Mac lalu telah berlarutan hingga kini dengan siri protes anti-Beijing.

Kumpulan penunjuk perasaan itu juga merancang untuk mengadakan protes baharu di bandar Sha Tin yang digelar sebagai Wilayah Baru antara Hong Kong dan sempadan China. – Agensi

Berita Berkaitan

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...