28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu, namun turun 14 peratus berbanding bulan Julai.

Penguasaan pasaran untuk bulan dikaji dianggarkan berada pada 21.6 peratus manakala angka sejak awal tahun sehingga kini dianggarkan pada 21.7 peratus, kata syarikat pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan pencapaian jualan sebanyak 61,672 unit setakat bulan Ogos 2020, PROTON telah mengatasi jumlah jualan tahun lalu dalam tempoh yang sama sebanyak 46 unit.

“Pencapaian ini amat bermakna kerana jualan kenderaan terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Mac, April dan Mei untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya.

“Tiga model Proton berjaya mendahului jenama lain dalam segmen masing-masing. Proton Persona dan Proton Exora sekali lagi mencatat jualan tertinggi dan berjaya mempertahankan kedudukannya walaupun menghadapi persaingan sengit dari jenama lain,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata pemulihan jualan setelah mengalami PKP amat mengagumkan kerana Proton hanya mengambil masa tiga bulan untuk kembali ke landasan yang betul.

“Dengan pencapaian jualan kini telah mengatasi prestasi tahun 2019, kami yakin boleh menangani cabaran yang dicetuskan oleh wabak COVID-19.

“Kesan yang positif terhadap syarikat, pekerja dan pembekal tidak boleh dipandang rendah dan kami berharap untuk meneruskannya sehingga akhir tahun untuk memberikan impak yang besar terhadap ekosistem industri automotif,” katanya.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan