30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

PRU-13: Jun Atau September?

PUTRAJAYA: Jun atau September? Itulah persoalan yang sering ditanya setiap kali topik mengenai pilihan raya umum akan datang dibangkitkan.

Dengan beberapa isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan, menyebabkan lebih ramai penganalisis politik percaya bahawa pilihan raya akan diadakan kemudian berbanding berlaku lebih awal.

Kini September dikatakan sebagai bulan yang berkemungkinan untuk diadakan pilihan raya umum akan datang berikutan terdapat banyak hujah yang menentang spekulasi bahawa ia akan berlaku pada awal Jun.

Yang menjadi perdebatan adalah beberapa isu akan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.

Dan terdapat rancangan Perdana Menteri yang seolah-olah untuk mengadakan pilihan raya pada Jun.


Difahamkan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan berkunjung ke Amerika Syarikat pada minggu kedua bulan Mei, di mana beliau dijangka bertemu dengan pegawai Majlis Penasihat Inovasi dan Sains Global di New York.

Majlis berkenaan ditubuhkan untuk membolehkan negara itu membuat lonjakan kuantum daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada yang berpendapatan tinggi.

Menurut sumber, Najib mungkin menghabiskan selama lima hari di Amerika Syarikat, dan selepas itu dia boleh mengambil cuti pendek bersama keluarganya.

“Kita tidak tahu sama ada ini mengalihkan tumpuan media, yang sudah membuat persiapan penuh untuk pilihan raya,” kata seorang anggota Barisan Nasional (BN) apabila diberitahu tentang spekulasi tarikh pilihan raya yang baru.

Najib pada Sabtu lalu membayangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, beliau mengatakan keyakinan terhadap kerajaan semakin meningkat dan “rasa-rasa bunyi dah dekat.” (rasanya seperti pilihan raya akan berlaku).

“Sepanjang lawatan saya di seluruh negara sejak sehari atau dua hari lepas, saya dapat melihat keyakinan rakyat telah berkembang. Saya dapat merasakannya. Dalam politik, kita mesti ada perasaan itu dan saya rasa ia (pilihan raya umum) sudah dekat,” tambahnya lagi.


Jun dianggap sebagai tempoh seterusnya bagi Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya tetapi masih terdapat isu-isu yang memerlukan penyelesaian.

Dengan kedatangan April yang hanya beberapa hari lagi, parti-parti komponen Barisan Nasional masih sibuk menyelesaikan isu-isu pertukaran kerusi dan senarai calon-calon masih belum dimuktamadkan.

Najib juga akan membuat lawatan dua hari ke China dari 31 Mac di mana beliau akan menghadiri pelancaran Taman Perindustrian Qizhou di Nanning bersama rakan sejawatnya dari China, Wen Jiabao.

Jika Perdana Menteri tidak mengadakan pilihan raya menjelang Jun, ia akan diadakan selepas Julai berikutan kedatangan bulan puasa.

“Seluruh Ogos pula akan menjadi sambutan Hari Raya sehingga kepada persiapan sambutan Hari Kebangsaan,” kata seorang penganalisis, sambil menambah Najib boleh mengambil kesempatan daripada faktorr tersebut untuk bercuti dan memarakkan semangat patriotik sempena ulang tahun kemerdekaan negara.


Jika September yang dipilih, penganalisis lain berkata, ia akan diadakan pada minggu pertama bulan itu.

“Ia tidak boleh berlaku pada penghujung September kerana bermulanya musim haji dan hanya berakhir pada Oktober.

Kemudian, terdapat mesyuarat Parlimen dari 24 September sehingga 27 November, di mana Bajet akan dibentangkan. Apabila ia dibentangkan, ia akan diluluskan oleh Dewan Negara, yang bermakna (pembentangan Bajet) akan berlarutan sehingga ke tahun depan,” katanya.

“Dewan Rakyat tidak akan dibubarkan apabila Bajet dibentangkan. Ia perlu melibatkan kedua-dua Dewan untuk melakukannya.”

Berita Berkaitan

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...