26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

PRU: Kenyataan DAP perlihat pembangkang tidak yakin

IPOH 25 Mei – Pandangan DAP supaya semua negeri yang dikuasai pakatan DAP-PKR-Pas tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini menunjukkan parti berkenaan tidak yakin boleh mengekalkan kuasa di negeri berkenaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, DAP sepatutnya menjadi sebuah parti politik yang bertanggungjawab seperti yang dilakukan oleh Pas yang mentadbir Kelantan sejak 1990 sehingga kini, dan Terengganu antara 1998-2004.

“Sebelum ini tidak ada masalah pun, bila pilihan raya umum nak diadakan, pembangkang yang mentadbir Kelantan, Terengganu tidak pernah timbulkan pun isu ini, seperti juga di Sabah satu ketika dulu… mereka ikut sahaja apabila Perdana Menteri umum pembubaran Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu bersetuju supaya empat negeri yang dikuasai pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-Pas iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini. – Bernama

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.