30.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

PRU14- Manifesto Barisan Nasional – #BetterSelangor

1. Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi

Kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan keperluan asas dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tidak boleh dinafikan. Ini dibuktikan dalam produk 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia. BN Selangor mengiktiraf sumbangan perkhidmatan awam kepada negara dengan peluang dan ruang peningkatan kerjaya dalam semua aspek. Beberapa inisiatif ditawarkan bagi memastikan perkhidmatan awam terbaik dapat diwujudkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan tadbir urus yang cekap.

Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun

1. Urban Transformation Centre (UTC) di semua daerah.
2. Cukai GST sektor kerajaan ditanggung sepenuhnya.
3. Jajar semula hala tuju anak-anak syarikat negeri terutama PKNS, PKPS, KDEB dan Yayasan Selangor.
4. Pemerkasaan Institusi Mahkamah Syariah Negeri.
5. Ahli Majlis PBT Belia.
6. MDKL dan MDKS dinaiktaraf Majlis Perbandaran.
7. Majlis Perbandaran Klang dibahagi kepada dua kawasan pentadbiran : MPK Utara dan MPK Selatan.
8. Panel khas integriti memantau tadbir urus kerajaan.
9. Pindaan undang-undang kecil negeri dan PBT.
10. Seimbangkan komposisi kaum penjawat awam dan serap kakitangan. kontrak cekap dalam perkhidmatan tetap.

2. Ekonomi Berkembang Maju, Mampan & Inovatif

Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia, Malaysia masih mampu menguruskan impak kemelesetan ekonomi global dan mempertahankan pertumbuhan ekonominya. Ia adalah hasil perancangan berhati-hati dan strategik yang dirintis oleh Kerajaan BN dan disokong penuh oleh rakyat melalui pelbagai inisiatif transformasi yang memfokuskan kepada menjana ekonomi berpendapatan tinggi. Ini akan menjamin matlamat mencapai status negara maju dapat dicapai melalui TN50. Oleh itu BN Selangor telah mengumumkan akan mewujudkan Pusat Transformasi Usahawan bagi meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini selaras dengan perkembangan ekonomi negara demi mewujudkan satu situasi ekonomi yang mampan dan inovatif.

Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun

1. Mewujudkan Pusat Transformasi Usahawan.
2. Dana khas insentif penubuhan koperasi komuniti.
3. Bayaran nominal RM1 permohonan lesen penjaja dan peniaga kecil.
4. Dana khas bantuan modal keusahawanan kecil.
5. Pembangunan koridor pantai barat, utara dan selatan Selangor.
6. Mewujudkan zon perdagangan bebas digital (E-City).
7. Hab logistik Selangor sumber baru ekonomi.
8. Hab IKS bersepadu luar bandar dan pinggiran bandar.
9. Transformasi zon perindustrian, IKS dan kawasan pelancongan.
10. Mengenakan premium dibawah nilai pasaran dalam program pemutihan kilang haram dari tanah pertanian ke perindustrian.
11. Dana khas program ‘Selangor Food Security’.

3. Perumahan Sejahtera Dan Mampu Milik

Kerajaan BN sentiasa memastikan bekalan semua jenis rumah untuk rakyat mencukupi. BN Selangor bertekad untuk meneruskan dasar pembinaan projek rumah mampu milik di negeri terus dilaksanakan bagi menentukan bekalan rumah berterusan. Selain daripada itu, masalah unit-unit rumah yang perlu dinaik taraf dan dibaiki juga ditangani oleh Kerajaan BN dengan memberi peruntukan dana khas. Malahan BN Selangor telahpun mengumumkan bahawa rumah PPR dijadikan rumah sewa beli bagi membantu mereka yang memerlukan. Inilah salah satu cara dalam memastikan rakyat Selangor menikmati kesejahteraan yang diinginkan oleh kita semua. Oleh itu BN Selangor telah mengumumkan akan mewujudkan Pusat Transformasi Usahawan bagi meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini selaras dengan perkembangan ekonomi negara demi mewujudkan satu situasi ekonomi yang mampan dan inovatif.


Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun

1. Rumah PPR dijadikan rumah sewa beli.
2. 50 ribu unit rumah mampu milik dibina.
3. Progam perumahan khas M40.
4. Dana khas membaiki rumah usang luar bandar.
5. Program perumahan belia, imam, siak dan penjawat awam Selangor.
6. Pengurangan caj premium tanah, kebenaran merancang dan penghapusan syarat-syarat baru yang membebankan rakyat.
7. Pengurangan premium lanjutan pajakan tanah yang tinggi.
8. 10% insentif pembelian rumah pertama bawah RM200 ribu.
9. Penambahbaikan perumahan skim sewa beli.
10. Dana khas penyelenggaraan lif dan bahagian bangunan milik bersama rumah pangsa kos rendah / sederhana rendah.
11. Mewujudkan panel khas mengekang spekulasi harga rumah.
12. Pemulihan projek rumah terbengkalai.
13. Program pembangunan semula kawasan perumahan lama, kampung tradisi dan kampung baharu.
14. Penubuhan Tabung Perumahan Selangor Ehsan.Dana khas program ‘Selangor Food Security’.

4. Kecemerlangan Pendidikan Dan Modal Insan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2013-2025) telah dibentangkan untuk meletakkan Selangor dalam laluan ke arah mencapai pendidikan berkualiti dalam menyediakan pendidikan rendah dan menengah secara percuma kepada semua rakyat Malaysia. Pendidikan percuma bagi sekolah rendah agama di seluruh Selangor telah diumumkan oleh BN Selangor serta akan mewujudkan taska dan tadika anjuran kerajaan negeri. Menerusi pelaksanaan dasar yang memberi penghargaan kepada peranan sekolah dan guru, beberapa inisiatif ditawarkan bagi memastikan wujudnya pendidikan yang lebih selesa. Dasar Kerajaan BN dalam pendidikan tinggi akan diteruskan dengan penekanan untuk melahirkan graduan berwibawa tinggi dan kebolehpasaran. Peluang untuk mendapat pendidikan tinggi dan latihan kemahiran dan vokasional akan meningkat, begitu juga dengan penyediaan kewangan untuk mencapai hasrat itu. Untuk itu, BN Selangor berusaha mengangkat UNISEL sebagai sebuah universiti awam di negeri ini. Selain membina kampus baharu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Selangor.

Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun

1. Pendidikan SRA percuma
2. Taska dan tadika Kerajaan Negeri
3. UNISEL dinaiktaraf universiti awam
4. Perkhidmatan bas sekolah percuma di PPR
5. Dana khas PIBG SRA & SAM, SK & SMK, SRJK(C), SMP(C) & SMJK(C) dan SRJK(T)
6. Dana khas penyediaan pusat transit pelajar
7. Dana khas penyelenggaraan SRA & SAM, SRJK(C) & SMJK(C) dan SRJK(T)
8. Dana khas sewa rumah mahasiswa
9. Dana khas sekolah tahfiz
10. Dana khas prasekolah SRJK(C) dan SRJK(T)
11. Insentif RM10 ribu ijazah kelas pertama
12. RM2 ribu bantuan khas kemasukan ke IPT
13. Penambahan Sekolah Menengah Integrasi Islam
14. Elaun khas perumahan guru KAFA
15. Kampus baharu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

5. Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mesra Pengguna

BN Selangor sentiasa menaik taraf infrastruktur negara untuk menjamin kesinambungan dan pertumbuhan cekap bagi meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi. Pembangunan infrastruktur juga membuka bidang pertumbuhan baharu yang menggalakkan agihan kekayaan dan pembangunan saksama serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih banyak di semua peringkat. Manakala untuk menaafaat komuniti luar bandar, BN Selangor terus memastikan agar kemudahan infrastruktur akan diteruskan khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun

1. Memuktamadkan segera penstrukturan semula industri air demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat Selangor.
2. Dana khas pembangunan dan pembayaran bil air & elektrik rumah ibadat berbilang kaum.
3. Menambah 10 ribu wifi hotspot.
4. 20m3 pemberian air percuma dan rebat penggunaan bawah 40m3.
5. RM3 ribu bantuan pengurusan jenazah.
6. Insentif perkahwinan 50% sewaan dewan Kerajaan Negeri.
7. Menghapuskan cukai jeti RM600.

6. Kesejahteraan Belia, Wanita Dan Masyarakat Majmuk

Di samping sumber-sumber semula jadi yang menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi sejak sekian lamanya, Selangor juga dikurniakan dengan bekalan air yang melimpah dan membantu pembangunan bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Lembah Klang. Maka, BN Selangor menawarkan 20m3 pemberian air percuma dan rebat penggunaan di bawah 40m3. Selain memberikan dana khas pembayaran bil air dan elektrik rumah ibadat melibatkan semua bangsa di seluruh Negeri Selangor.

Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun


1. Pembinaan 6,000 unit rumah transit belia di Rawang.
2. Stadium Shah Alam gelanggang rasmi bola sepak Selangor.
3. Penubuhan Yayasan Pemerkasaan Wanita Darul Ehsan.
4. Pusat ngaji Kerajaan Negeri setiap DUN.
5. Dana khas insentif aktiviti komuniti Selangor.
6. Geran khas persatuan belia aktif dan NGO.
7. Kompleks jagaan warga emas & OKU setiap PBT.
8. Mewujudkan sebuah bandar belia.
9. Gazet kawasan tanah orang asli.
10. Pengurangan 50% cukai pintu tanah pertanian dan lot kosong perumahan kawasan PBT.
11. Majlis Belia Selangor dan Majlis Kebudayaan Selangor kembali beroperasi di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam.
12. Pengecualian cukai pintu rumah kos rendah & pemegang kad OKU dan dikurangkan kampung tradisi, kampung baharu & bagan.
13. Menyediakan pekerjaan baharu pesara

7. Pengangkutan Awam Cekap Dan Mampu Bayar

Pertumbuhan pesat memerlukan sistem pengangkutan awam yang cekap kemudahan rakyat dan menjamin pertumbuhan ekonomi. Kerajaan BN telah membina sistem LRT, Monorel, MRT dan Komuter serta menambah perkhidmatan bas untuk memenuhi pertumbuhan pengangkutan awam. Pertambahan laluan MRT di Shah Alam dan sekitarnya serta komuter menggabungkan sejumlah 34km landasan baharu dan 13 stesen baharu untuk kawasan Kelana Jaya dan Ampang di Lembah Klang. Oleh itu, kewujudan Hab pengangkutan bersepadu Shah Alam bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang cekap perlu diwujudkan.

Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun

1. Urban Transformation Centre (UTC) di semua daerah.
2. Cukai GST sektor kerajaan ditanggung sepenuhnya.
3. Jajar semula hala tuju anak-anak syarikat negeri terutama PKNS, PKPS, KDEB dan Yayasan Selangor.
4. Pemerkasaan Institusi Mahkamah Syariah Negeri.
5. Ahli Majlis PBT Belia.
6. MDKL dan MDKS dinaiktaraf Majlis Perbandaran.
7. Majlis Perbandaran Klang dibahagi kepada dua kawasan pentadbiran : MPK Utara dan MPK Selatan.
8. Panel khas integriti memantau tadbir urus kerajaan.
9. Pindaan undang-undang kecil negeri dan PBT.
10. Seimbangkan komposisi kaum penjawat awam dan serap kakitangan. kontrak cekap dalam perkhidmatan tetap.

8. Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

Kerajaan BN terus memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan selamat. Usaha kita ke arah itu berhasil dengan penurunan memberangsangkan dalam keseluruhan indeks jenayah nasional dan indeks jenayah jalanan. Namun, kita menyedari bahawa BN Selangor komited untuk meningkatkan lagi rondaan komuniti untuk memastikan keluarga, kediaman dan keadaan jalan raya negara kita terjamin selamat. BN Selangor berhasrat untuk menambah CCTV di kawasan berisiko tinggi serta menambah kemudahan lampu-lampu jalan bagi memastikan wujudnya keselamtan dan ketenteraman awam.

Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun

1. Menambah CCTV di kawasan berisiko tinggi.
2. Dana khas keselamatan kampung tradisi dan kampung baru.
3. Menambah kemudahan lampu-lampu jalan.
4. Pemantauan dan penguatkuasaan peniaga warga asing.
5. Dana Khas penyediaan pondok keselamatan di kawasan perumahan.

9. Kesihatan Berkualiti Dan Kelestarian Alam Sekitar

Dalam menjamin kesihatan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat, Kerajaan BN memberi subsidi kepada 90% perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi memastikan rakyat mendapat rawatan berkualiti pada harga terendah. Klinik 1Malaysia telah pun memperluaskan rangkaian pusat rawatan pesakit luarnya dan Kerajaan BN juga menaik taraf klinik di kawasan luar bandar dan bandar di seluruh negeri Selangor. Di Selangor khususnya Shah Alam adalah kawasan yang paling tinggi kes denggi, maka dana khas banteras denggi akan ditubuhkan bagi membanteras kes denggi di Selangor. Beberapa kemudahan lain seperti penyediaan ambulans, pusat perkhidmatan dialisis percuma setiap DUN menjadi keutamaan BN Selangor untuk rakyat negeri ini. Malah keprihatinan dan penghargaan kepada warga emas juga menjadi keutamaan dengan memperkenalkan Skim kesihatan Selangor untuk warga terus terbela

Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun

1. Ambulans setiap DUN.
2. Pusat dialisis percuma setiap DUN.
3. Skim kesihatan warga emas Selangor.
4. Dana khas banteras denggi dan penambahbaikan pengurusan sampah berkonsepkan ‘waste to wealth’.
5. Bayaran 20sen kepada pengguna yang membawa beg sendiri di kedai/pasaraya yang mengenakan bayaran plastik.
6. Pusat khidmat nasihat kaunseling DUN.


10. Kesejahteraan Dan Kualiti Hidup Masyarakat Bandar

Menurut bancian, lebih daripada 60 peratus penduduk Selangor tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar. Kerajaan BN telah memulakan, malah akan melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan struktural besar bagi menangani corak populasi semasa.BN Selangor menyedari bahawa lebih banyak keperluan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat bandar perlu disediakan selaras dengan matlamat agenda tempatan. Beberapa langkah akan diambil untuk memastikan pusat bandar dibangunkan secara sistematik dan terancang bagi mengekalkan kualiti hidup rakyat. BN Selangor juga berhasrat membina rumah transit belia, menyediakan dana khas penyelenggaraan lif dan bangunan milik bersama. Selain pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan dewan terbuka serbaguna bagi keselesaan masyarakat bandar dan pinggir bandar.

Lebih baik akan menanti anda dalam 5 tahun

1. Dana khas bantuan caj penyenggaraan perumahan kos rendah oleh JMB.
2. Pembinaan parkir kereta bertingkat dan dewan terbuka serbaguna.
3. Saman dan kompaun tertunggak kesalahan penjaja / peniaga kecil dan trafik PBT dihapuskan.
4. Kemudahan taska dan tadika di setiap perumahan kos rendah / sederhana. Subsidi penukaran meter pukal kepada persendirian.
5. Memperketatkan permohonan dan penguatkuasaan pusat judi dan rumah urut.
6. Bazar rakyat bersepadu setiap Majlis Perbandaran dan Bandaraya.
7. Dana khas kemiskinan bandar dan MyBN (Beautiful Neighbourhood). Penambahbaikan infra rakyat perumahan kos rendah/sederhana. Bantuan program pertanian bandar.
8. Penambahan Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0.
9. Anjung warga emas sebagai pusat pertemuan santai.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#UndiBN
#BetterSelangor
#N07BatangKali
#TolakLogoPKR

Manifesto  Selangor (PDF)

http://bit.ly/manifesto-selangor

Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..