#PRU14: Perjanjian antara PH dan PPBM: Kesannya Terhadap kedudukan agama Islam - pakdin.my

Saya ditunjuk Perjanjian Bersama Kerangka Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 13 Disember 2016. Terdapat dua pihak dalam perjanjian itu. Di satu pihak ialah PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan di satu pihak lagi PPBM. Ia dibuat di Petaling Jaya dan ditandatangani oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Haji Mohamad Sabu (Amanah) dan Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (PPBM).

Klausa 1(1) Perjanjian itu, antara lain, menyebut:

“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan damai…..”

Perhatikan bahawa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang memperuntukkan, antara lain:

“3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai….”

Perhatikan bahawa perkataan “bebas” telah ditambah. Apakah kesannya?

Kesannya ialah, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan larangan. Ini termasuk:

1. Orang bukan Islam tidak boleh dihalang daripada pengembangan (propagation) agama mereka kepada orang Islam kerana itu adalah sebahagian daripada ajaran agama mereka.

2. Mereka mempunyai alasan untuk menuntut supaya dibina atau untuk membina gereja dan to’kong-to’kong mereka di tempat-tempat awam, termasuk di kampus-kampus universiti.

3. Cara mereka beribadat juga tidak boleh disekat. Misalnya, di bulan hantu lapar, mereka boleh meletakkan babi panggang di luar to’kong mereka, termasuk di dalam kampus universiti, kerana menjamu hantu lapar adalah sebahagian daripada ibadat mereka di bulan itu.

Ringkasny, tujuan mereka menambah perkataan “bebas” itu ialah untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan agama Islam di segi pentadbiran, termasuk penggunaan dana kerajaan. Perlu ditekankan bahawa semua itu boleh dilakukan secara pentadbiran, tanpa meminda Perlembagaan.

Nampaknya ketiga-tiga pemimpin Melayu/Islam itu sama ada tidak nampak, tidak peduli, hendak mengambil hati Lim Guan Eng atau sudah diperbodohkan oleh Lim Guan Eng. Ini orang Melayu/Islam perlu sedar.

08 05 2018

Tun Abdul Hamid Omar
tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

UTAMAPILIHAN RAYA#PRU14: Perjanjian antara PH dan PPBM: Kesannya Terhadap kedudukan agama Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium