PRU14: ‘Saya tidak mahu dengan DAP bersekongkol lagi’ [Video]

Berkaitan

Terkini


 

Lihat video:
Vw1N3AVINBU

DAP didakwa menggunakan kaedah menyebarkan propaganda jahat yang bersifat fitnah semata-mata untuk memancing undi rakyat pada PRU14 ini.

Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP, Amran Ahmad mendakwa, propaganda jahat yang disebarkan DAP menerusi beberapa video serta risalah menyasarkan pemimpin-pemimpin dari parti lawan termasuklah pemimpin kerajaan, perdana menteri, isteri perdana menteri dan keluarganya.

“Tujuan saya membuat sidang akhbar pada hari ini untuk membuat satu pendedahan tentang salah laku fitnah yang terancang serta propaganda jahat yang digunakan DAP atas nama Pakatan Harapan (Harapan).

“Saya tidak mahu lagi bersekongkol untuk lakukan kerja ini menipu rakyat Malaysia dengan propaganda jahat semata-mata untuk memikat hati pengundi,” katanya pada satu sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan anak kepada bekas Naib Presiden DAP, Ahmad Nor berkata, hasrat untuk membuat pendedahan mula timbul selepas beliau menyedari peranannya dalam parti itu mulai terpesong daripada asalnya.

“Saya juga merupakan bekas wartawan yang sebelum ini pernah berkhidmat di Utusan dan Malaysiakini di mana saya diajar untuk mengangkat dan menyebarkan kebenaran ketika menjalankan tugas.

“Tapi apabila saya menyertai pasukan publisiti DAP, saya rasa telah terpesong kerana terlibat dalam membuat propaganda-propaganda jahat yang langsung tidak menepati niat asal saya untuk menyebarkan maklumat yang benar kepada orang ramai terutama menjelang PRU14,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakannya membuat keputusan mendedahkan hal tersebut menjelang PRU14 adalah keputusan yang tepat.

“Mengapa baru sekarang saya buat pendedahan kerana bagi saya tempoh akhir menjelang PRU14 adalah masa yang tepat.

“Masa yang terbaik untuk kita menyedarkan rakyat adalah dalam tempoh seminggu atau empat hari sebelum pilihan raya kerana masa ini kedua-dua pihak akan terus berusaha menggiatkan promosi untuk pikat hati pengundi,” katanya.

Justeru, beliau berkata, satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap dakwaan tersebut.

“Saya juga telah menyerahkan segala bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai tuduhan berkenaan.

“Jadi saya minta supaya pihak polis jalankan siasatan menyeluruh dan segera bagi menghentikan tindakan DAP dalam menyebarkan propaganda jahat ini kepada orang ramai terutamanya dalam masa beberapa hari sebelum PRU14 ini,” katanya.

Berdasarkan tindakannya itu, Amran menegaskan bahawa dirinya telah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan daripada DAP serta tohmahan daripada pelbagai pihak.

“Saya memang menjangkakan, dengan pendedahan ini akan muncullah tuduhan sebagai macai atau pemakan dedak dan sebagainya.

“Saya adalah ahli DAP seumur hidup menyeru serta memohon kepada semua rakyat terutama orang Melayu supaya tidak menyokong Harapan kerana undi anda adalah undi untuk DAP yang akan menguasai gabungan pembangkang itu untuk memerintah Malaysia,” katanya.

https://pakdin.my/tag/dap

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#UndiBN
#TolakLogoPKR
#PKR=DAP

  1. DAP adalh pltfom bagi kaum Cina utk mmenhncurkn kpimpinan Melayu dan Institusi Raja2 Melayu. Tm prnah mnurukn kuasa Raja2 smsa brkuasa dn skrang beliau brsengkongkol dgn depa utk mneruskan khncuran Kuasa Melayu Tulen dn mnghncurkn Sistem Raja Berprlembagaan. Tm bukan Melayu Asli…cmpuran darah Pakistan. Negara Pakistan tidak pernah Aman dn tidak ada kmjuan sbb Pemimpin mrk tidak dpt Brsatu. Maka klo orng ini memimpin skli lagi dlm usia yg lanjut dn uzur…LIHATLH BANGSAKU MELAYU… APA AKAN TRJDI KPD TANAH AIR MELAYU. DALAM PAKATAN SENDIRI AKAN PECAH….SKRANGPUN DAH PECAH…APATAH LAGI TM DIBERI KUASA PENOH. TM AKAN MNINDAS DAN MNYUMBAT SESIAPA SJ SESUKA HATI….TM AKAN BRTINDAK MNGIKUT PERSAAN DAN BUKAN PERTURAN UNDANG2 LAGI. MAKA AWASLAH WAHAI BANGSAKU.

  2. dahlamadah………cara2,formula,style,MO,….lg pa…….itulah DAP…..umum dh tahu siapa..?tp masih ramaii melayu2 islam yg selfish…dn manpulasi pengikut2……butakn sejarah……..skrg mandaliar2 cukup ramai…..bagaimana jatuhnya Singapura…..cer research……..

  3. Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya?

    Agenda menghapuskan GST adalah agenda golongan borjuis – peniaga, kelas menengah atas dan elit. Mereka paling banyak bayar GST dan paling kurang menggunakan kemudahan prasarana kerajaan seperti hospital dan sekolah.

    Mereka hantar anak-anak ke sekolah swasta dan menggunakan hospital swasta. Mereka ini perasan serba pandai, hebat dan memandang rendah kepada pemimpin negara. Mereka lupa kerajaanlah yang mewujudkan peluang ekonomi dan perniagaan sehingga membolehkan mereka jadi kaya.

    Sebelum ini mereka selalu mengelak cukai pendapatan dan cukai perniagaan melalui pelbagai cara dan taktik, yang dibenarkan dan yang melalui “jalan belakang”.

    Melalui pengenalan GST yang merupakan sistem percukaian berasaskan perbelanjaan, golongan borjuis yang berbelanja lebih dan membeli barang mewah akan membayar cukai yang lebih tinggi.

    Orang seperti Tun Mahathir, Daim Zainuddin, Mukhriz Mahathir, Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Shapie Apdal nampak berbelanja melebihi pendapatan yang diisytiharkan. Cuba tanya berapa cukai pendapatan mereka isytiharkan setiap tahun.

    Ada juga syarikat yang membayar gaji kepada seluruh ahli keluarga mereka bagi mengelak cukai pendapatan dalam kelompok (bracket) tinggi.

    Apabila GST diperkenalkan mereka tiada dapat elak membayar cukai. Jika beli baju sehelai RM1,000 maka mereka harus bayar cukai sebanyak RM60.

    Inilah punca mengapa mereka marah dan mahu menghapuskan GST.

    Syarikat-syarikat mereka juga tidak lagi boleh menipu seperti mana dalam sistem Cukai Jualan.
    Pendapatan syarikat juga sukar lagi disembunyikan berikutan jualan mereka direkod dalam sistem GST.

    Sebaliknya, kumpulan berpendapatan rendah membayar cukai yang minimum kerana kebanyakan barang keperluan asas seperti beras, ikan, sayur, gas memasak, buah-buahan, petrol RON95 dan ubat-ubatan dikecualikan GST.

    Dalam masa yang sama kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana ini menerima pelbagai bantuan dan inisiatif kerajaan seperti subsidi pendidikan anak-anak, subsidi kesihatan dan perubatan, bantuan pekebun kecil, bantuan usahawan kecil, biasiswa dan latihan meningkatkan kemahiran, subsidi perumahan, bantuan Kebajikan Masyarakat, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan lain-lain.

    Maka kita lihat golongan borjuis ini mula menghasut rakyat bahawa GST punca kesusahan hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

    Mereka memadamkan semua kebaikan yang diwujudkan kerajaan hasil kutipan GST. Mereka hanya menceritakan bahawa GST punca barang naik dan hidup rakyat menjadi sengsara.

    Cuba lihat nama Mahathir. Pernahkah beliau bersimpati dengan orang miskin semasa menjadi Perdana Menteri.

    Beliau menolak gaji minumum, beliau mengenakan yuran sekolah, yuran peperiksaan SPM, Skim Pinjaman Buku Teks yang terhad dan jumlah bantuan kepada rakyat tidak sebanyak hari ini. Beliau juga memperkenalkan pinjaman PTPTN dengan caj 4%.

    Jadi agenda hapuskan GST bukan kerana simpati kepada rakyat berpendapatan rendah tapi untuk mereka dan keluarga mereka mengelak cukai.

    Jangan percaya hasutan kumpulan ini. Zaman Mahathir pun harga barang sentiasa naik.

    Apabila dihapuskan GST pun harga barang tidak akan turun. Mahathir telah nyatakan akan memperkenalkan cukai lain.

    Namun faedah dan bantuan kepada rakyat akan berkurangan. Mahathir sudah menyatakan mereka akan memperkenal sistem BR1M baru bagi mengurangkan jumlah penerima.

    Hakikatnyan Undi PKR sekadar mengulangi cerita zaman Mahathir yang penuh ketirisan dan penswastaan yang membebankan rakyat.

  4. KALAU TAK SAYANGKAN AGAMA, PERKARA BERIKUT BAKAL TERJADI… DAH PERNAH DI TUNTUT SATU MASA DULU. FIKIR AGAMA ANAK CUCU KITA….
    KALAU PH ISLAM AKAN JADI LEMAH SELEMAH- LEMAHNYA…

    REFRESH!!
    14 Tuntutan Majlis Peguam melalui Inter Faith Commission IFC. Sayugia diingatkan kepada semua bahawa Majlis Peguam lebih condong kearah Pakatan Rakyat. S.Ambiga adalah Pengerusi Majlis Peguam semasa tuntutan ini dibuat.

    Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
    Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.
    Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
    Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
    Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
    Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
    Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
    Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
    Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
    Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
    Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
    Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
    Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
    Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

    Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC. Maruah Islam di bawah tapak kaki si Ambiga!

    Sangguppppp???
    Queen Mama

    #hapuskanLGBT

Leave a Reply