PRU14: Tian Chua gagal cabar SPR kes tolak pencalonan

Berkaitan

Terkini

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang difailkan naib presiden PKR Tian Chua terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan pencalonannya untuk bertanding kerusi parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), dengan memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.

Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal oleh SPR terhadap saman pemula (OS) yang dibawa Chua, atau nama sebenarnya Chua Tian Chan.

Nordin dalam penghakimannya berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencabar keputusan pegawai pengurus pilihan raya Anwar Mohd Zain dalam menolak pencalonan Chua untuk bertanding kerusi parlimen Batu pada PRU14.

Hakim itu berkata pemohon (Chua) sepatutnya memfailkan saman tersebut dengan cara petisyen pilihan raya dan bukannya dengan saman pemula.

“Saya menolak saman pemula oleh pemohon dengan tiada sebarang perintah berhubung kos,” katanya.

Chua memfailkan saman pemula pada 30 April lepas dengan menamakan Anwar dan SPR masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam samannya, bekas anggota parlimen Batu itu memohon satu pengisytiharan mahkamah bahawa beliau berhak untuk dicalonkan dan bertanding kerusi itu, menurut Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pencalonan Chua ditolak pegawai pengurus pilihan raya atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac tahun ini mengenakan denda RM2,000 ke atas beliau kerana mengeluarkan perkataan kesat yang mengaibkan seorang pegawai polis.

Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan yang difailkan Chua dan mengurangkan denda kepada RM2,000.

Pada mulanya, beliau didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana mengeluarkan perkataan kesat yang mengaibkan seorang pegawai polis pada 2014.

Dalam permohonannya, Chua mendakwa bahawa dalam PRU13, beliau dibenarkan untuk bertanding walaupun didenda RM2,000 oleh mahkamah ketika itu.

https://pakdin.my/tag/tian-chua/

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#UndiBN
#BetterSelangor
#TawanSelangor
#TolakLogoPKR

  1. Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya?

    Agenda menghapuskan GST adalah agenda golongan borjuis – peniaga, kelas menengah atas dan elit. Mereka paling banyak bayar GST dan paling kurang menggunakan kemudahan prasarana kerajaan seperti hospital dan sekolah.

    Mereka hantar anak-anak ke sekolah swasta dan menggunakan hospital swasta. Mereka ini perasan serba pandai, hebat dan memandang rendah kepada pemimpin negara. Mereka lupa kerajaanlah yang mewujudkan peluang ekonomi dan perniagaan sehingga membolehkan mereka jadi kaya.

    Sebelum ini mereka selalu mengelak cukai pendapatan dan cukai perniagaan melalui pelbagai cara dan taktik, yang dibenarkan dan yang melalui “jalan belakang”.

    Melalui pengenalan GST yang merupakan sistem percukaian berasaskan perbelanjaan, golongan borjuis yang berbelanja lebih dan membeli barang mewah akan membayar cukai yang lebih tinggi.

    Orang seperti Tun Mahathir, Daim Zainuddin, Mukhriz Mahathir, Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Shapie Apdal nampak berbelanja melebihi pendapatan yang diisytiharkan. Cuba tanya berapa cukai pendapatan mereka isytiharkan setiap tahun.

    Ada juga syarikat yang membayar gaji kepada seluruh ahli keluarga mereka bagi mengelak cukai pendapatan dalam kelompok (bracket) tinggi.

    Apabila GST diperkenalkan mereka tiada dapat elak membayar cukai. Jika beli baju sehelai RM1,000 maka mereka harus bayar cukai sebanyak RM60.

    Inilah punca mengapa mereka marah dan mahu menghapuskan GST.

    Syarikat-syarikat mereka juga tidak lagi boleh menipu seperti mana dalam sistem Cukai Jualan.
    Pendapatan syarikat juga sukar lagi disembunyikan berikutan jualan mereka direkod dalam sistem GST.

    Sebaliknya, kumpulan berpendapatan rendah membayar cukai yang minimum kerana kebanyakan barang keperluan asas seperti beras, ikan, sayur, gas memasak, buah-buahan, petrol RON95 dan ubat-ubatan dikecualikan GST.

    Dalam masa yang sama kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana ini menerima pelbagai bantuan dan inisiatif kerajaan seperti subsidi pendidikan anak-anak, subsidi kesihatan dan perubatan, bantuan pekebun kecil, bantuan usahawan kecil, biasiswa dan latihan meningkatkan kemahiran, subsidi perumahan, bantuan Kebajikan Masyarakat, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan lain-lain.

    Maka kita lihat golongan borjuis ini mula menghasut rakyat bahawa GST punca kesusahan hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

    Mereka memadamkan semua kebaikan yang diwujudkan kerajaan hasil kutipan GST. Mereka hanya menceritakan bahawa GST punca barang naik dan hidup rakyat menjadi sengsara.

    Cuba lihat nama Mahathir. Pernahkah beliau bersimpati dengan orang miskin semasa menjadi Perdana Menteri.

    Beliau menolak gaji minumum, beliau mengenakan yuran sekolah, yuran peperiksaan SPM, Skim Pinjaman Buku Teks yang terhad dan jumlah bantuan kepada rakyat tidak sebanyak hari ini. Beliau juga memperkenalkan pinjaman PTPTN dengan caj 4%.

    Jadi agenda hapuskan GST bukan kerana simpati kepada rakyat berpendapatan rendah tapi untuk mereka dan keluarga mereka mengelak cukai.

    Jangan percaya hasutan kumpulan ini. Zaman Mahathir pun harga barang sentiasa naik.

    Apabila dihapuskan GST pun harga barang tidak akan turun. Mahathir telah nyatakan akan memperkenalkan cukai lain.

    Namun faedah dan bantuan kepada rakyat akan berkurangan. Mahathir sudah menyatakan mereka akan memperkenal sistem BR1M baru bagi mengurangkan jumlah penerima.

    Hakikatnyan Undi PKR sekadar mengulangi cerita zaman Mahathir yang penuh ketirisan dan penswastaan yang membebankan rakyat.

Leave a Reply