25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

PRU14: Tren KL Sentral – Subang Skypark bermula hari ini

Inilah satu cara yang Kerajaan BN sekarang sedang mengubah kehidupan dan membetulkan masalah legasi 22 tahun yang lalu di bawah Mahathir.

Ini adalah sebahagian daripada transformasi Malaysia.

—————
Hari ini menandakan kali pertama dalam sejarah Malaysia bahawa semua lapangan terbang utama di Lembah Klang -KLIA1, KLI2 dan kini Subang Skypark – dihubungkan dengan rangkaian kereta api dari KL Sentral.

Tren Skypark secara rasmi memulakan operasi hari ini (1 Mei 2018), dengan tambang percuma bagi penumpang untuk tempoh sebulan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah perjalanan sejauh 26km dari KL Sentral ke Subang Skypark dengan hentian di Subang Jaya, mengambil masa keseluruhan 28 minit. Akan datang, stesen di sepanjang laluan ini juga dirancang di Glenmarie dan Sri Subang.

Kekerapan keretaapi adalah setiap lima belas minit (waktu puncak) dan setiap setengah jam (luar waktu puncak).

Keretapi dijangka menampung sehingga 300 penumpang sekaligus, dan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mensasarkan penumpang kapal terbang dan pekerja di terminal Skypark.

Di KL Sentral, penumpang yang menghubungkan Skypark boleh membuat pertukaran ke laluan KTM ETS, KTM Komuter Laluan Seremban, KTM Komuter Laluan Port Klang, LRT Laluan Kelana Jaya serta KL Monorail dan Laluan MRT1 SBK.

Manakala di laluan Subang Jaya, penumpang juga boleh membuat pertukaran ke laluan Komuter Pelabuhan Klang dan LRT Laluan Kelana Jaya yang baru dihubungkan.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/ktmb/






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan