25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

PTPTN cadang sekat pembaharuan lesen memandu, cukai jalan bagi mereka yang culas bayar pinjaman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang untuk menyekat pembaharuan lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan bagi peminjam tabung berkenaan yang culas untuk melangsaikan hutang mereka.

Dua sekatan tersebut adalah antara perkara yang dicadangkan hasil perbincangan meja bulat Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid dalam laporan BH Online, selain menyekat pendaftaran perniagaan dan kelulusan pinjaman kepada ahli keluarga terdekat serta memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara yang pernah dilaksanakan kerajaan.

Mastura menjelaskan bahawa pada masa ini PTPTN mengalami masalah kewangan yang serius disebabkan sistem bayaran balik pinjaman yang rendah tetapi terpaksa mengeluarkan pinjaman kepada pemohon baharu dan jika tiada perubahan drastik dilakukan, tidak mustahil PTPTN tidak akan mampu memberi pinjaman lagi dan mungkin terpaksa ditutup.

“Jumlah bayaran balik yang diterima hanya 58 peratus daripada jumlah sepatutnya. Sehingga akhir tahun 2018, jumlah tunggakan pinjaman mencecah RM6.3 bilion.

Hanya 32.5 peratus daripada RM56 bilion yang dikeluarkan dibayar balik.

“Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, lebih besar daripada 1MDB. Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan kami ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, meningkat sehingga RM76 bilion,” katanya ketika membentangkan KKR di Menara PTPTN, hari ini.

Jadi apa pendapat anda? Kita boleh faham jika sekatan untuk keluar negara bagi mereka yang mengambil ringan untuk membayar semula hutang PTPTN ini dilakukan. Tetapi adakah wajar sebahagian hak untuk memandu/menunggang ini ditarik sedangkan ia adalah salah satu perkara yang perlu untuk kelangsungan hidup?

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

  1. Bg rakyat mati jela sng smue ko nk sekat gila meroyan ke pe phancing ni.memadai sekat luar negara pun da ckup ni smpe block lesen ngn rodtak pe hal.xpkir panjang ko de kuase bleh buat suka hti memg haramjadah la

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...