PTPTN peruntuk RM5 bilion untuk pinjaman tahun ini - pakdin.my

Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM5 bilion bagi tujuan pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi untuk tahun ini.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM3.37 bilion diberikan kepada peminjam sedia ada manakala baki kepada peminjam baru.

“Sehingga 29 Februari lalu, jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN adalah sebanyak RM43.60 bilion dan membabitkan 1.95 juta peminjam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa, Guru dan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, hari ini.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau meminta ibu bapa dan guru duduk semeja berbincang bagi mempertingkatkan pelajaran anak-anak.

“Penubuhan Majlis Permuafakatan adalah landasan terbaik dalam menyusun atur bagi meningkatkan lagi bidang pelajaran anak-anak terutamanya di peringkat sekolah rendah dan menengah,” katanya.

UTAMABERITAPTPTN peruntuk RM5 bilion untuk pinjaman tahun ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium