27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

PTPTN: Senjata Pakatan Harapan Makan Tuan

Pakatan Harapan menjanjikan pendidikan percuma sejak dari dahulu lagi dan ianya pernah terkandung didalam belanjawan alternatif mereka sebelum PRU 14.

Pakatan Harapan juga berkata sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya mereka akan memberi bukan sahaja pendidikan percuma malah PTPTN juga akan dihapuskan dengan kaedah pemansuhan GST. Sekarang ini mereka sudah menawan Putrajaya dan juga menghapuskan GST, apa jadi dengan pendidikan percuma ni?

PTPTN dan juga pendidikan percuma ini sebenarnya telah digunakan oleh Pakatan Harapan sebagai satu alat ataupun senjata untuk meraih undi terutamanya terhadap pengundi golongan muda. Mereka ketika itu kononya mewakili suara golongan muda dan memperjuangkan hak golongan muda. Mereka bermati-matian memperjuangankan pemansuhan PTPTN dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia.

Pakatan Harapan juga menghasut golongan muda untuk tidak membayar pinjaman PTPTN dan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional kejam kerana membuat sekatan ke luar negara bagi yang tidak melunaskan pinjaman PTPTN.

Apabila mereka mengambil alih kerajaan, Pakatan membuat pusingan “U-turn” berkaitan PTPTN dan pendidikan percuma. Ini adalah kerana hasutan yang mereka lakukan kepada golongan muda untuk menjanjikan pendidikan percuma dan tidak perlu membayar PTPTN berterusan sehinggakan hari ini. Jadi mereka memperkenalkan semula sekatan ke luar negara malah memperketatkan lagi dengan menyekat peminjam dari memperbaharui lesen memandu dan juga cukai jalan jika tidak membuat pembayaran PTPTN. Dan senjata PTPTN ini memakan Pakatan Harapan.

Sepatutnya kerajaan Pakatan Harapan tidak perlu untuk membuat bising atau menyentuh isu PTPTN. Mereka laksanakan terus apa yang mereka janjikan dengan memansuhkan terus PTPTN ini. Baru la selaras dengan janji mereka untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia.

Untuk pengundi di saluran 4, 5 dan 6 iaitu golongan muda. Dulu, jika tidak bayar PTPTN, larangan hanya untuk ke luar negara sahaja.

Sekarang, jika tidak bayar PTPTN, bukan sahaja tidak boleh nak ke luar negara, nak pergi kerja pun tak boleh dengan lesen memandu tidak boleh diperbaharui dan cukai jalan pun sama. Pergi kerja naik pengangkutan awan saja lah. Jadi, siapa lagi kejam?

Oleh SD Salleh
Malaysia-Today.net

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

  1. Pmimpin2 Islam dlm PH smua nya MUNAFIK,DOAKN smoga pmimpin2 ISLAM dlm PH sempat BERTAUBAT, Allah swt maha mngethui,DiDunia Mereka,Selamat..AKHIRAT nanti tahu balasan nya yg Brjnji,yg mungkir JANJI sama2 kita DOAKN khidupn nya x akn tenteram di Dunia dn Akhirat…

  2. Ya ada janji yg itu.kena usahakan lah.cari Cara yg terbaik nak selesaikan macam mana yg dah pernah janji.klu tk boleh hapyskan semua hutang.kau bagilah potongan yg tk membebankan si perhutang.kita diberi akai yg waras Allah suruh Kita berfikir yg lagi terbaik.ok

  3. PH sembang babi pun boleh terbang… Siapa yg mengundi Sekarang ini terimalah kencing hancing dari puak komunis babi yg agenda utk menghancurkan Raja Melayu, Bangsa Melayu, Tanah Melayu dan Agama Islam… sudah jelas matlamat mereka takan Bangsa Melayu dan umat Islam tidak nampak lagi… nak tunggu sampai jadi mcm Palestine, Bosnia, Syria, Rohingya, Kashmir, Uyghur dan terhampir selatan thailand.. masih tak sedar lagikah… Bersatu Bangsa Melayu dan umat Islam hancurkan pengkhianat negara ini… Daulat Tuanku… Takbir

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...