Puad cadang letak SPRM di bawah Parlimen - pakdin.my

Langkah meletakkan SPRM di bawah Parlimen akan memastikan proses semak dan imbang SPRM lebih bebas serta telus.

Demikian cadangan diberikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah Parlimen.

“Pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM akan menjadi prerogatif Parlimen dan bukan lagi perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“SPRM tidak boleh terlalu kebal sehingga tidak ada kaedah yang ‘transparent’ untuk bertindak jika terdapat dakwaan salah laku dalaman oleh orang atasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Selasa lalu, pakar ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM selepas panel tersebut didakwa gagal membincangkan laporan kritikal membabitkan pegawai tinggi SPRM.

Mohd Puad turut mempersoalkan apakah tindakan susulan berhubung dakwaan tersebut yang turut menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdiam diri.

“Seperti yang dijangkakan semua pihak senyap dan plaster mulut. PM (perdana menteri) juga tidak komen apa apa.

“Akhirnya kita balik amalan lapuk. Mula mula panas kemudian tutup buku dan dilupakan. Rakyat tertunggu tunggu tanpa ada penyelesaian konkrit,” ujarnya.

BACA juga:

Original Article

UTAMABERITAAMPuad cadang letak SPRM di bawah Parlimen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium