Pulau Pinang tetap jadi pusat penempatan pelarian- Zahid - pakdin.my

Ini membuktikan kerajaan Pusat ikhlas membantu pelarian-pelarian tersebut bukan seperti DAP, PKR dan PAS yang bising soal kemanusiaan tetapi enggan membenarkan pusat tahanan di tanah milik kerjaaan Pulau Pinang katanya.

pelarian-rohingya-pulau-pinang

Kerajaan Persekutuan tetap akan menempatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh di pusat penempatan sementara di Pulau Pinang walaupun kerajaan negeri menolaknya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, tempat itu hanya akan disediakan jika ada pelarian baru yang dikesan pada masa akan datang.

Katanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menetukan lokasi yang bersesuaian.

Ini membuktikan kerajaan Pusat ikhlas membantu pelarian-pelarian tersebut bukan seperti DAP, PKR dan PAS yang bising soal kemanusiaan tetapi enggan membenarkan pusat tahanan di tanah milik kerjaaan Pulau Pinang katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Penjara Kajang pada Ahad.

Menurut Zahid pembangkang hanya berkokok seperti ayam jantan tanpa telor apabila menuduh pusat tidak membantu pelarian sedangkan kerajaan DAP Pulau Pinang pun enggan menolong atau menerima pelarian tersebut.

Dianggarkan kira-kira tujuh ribu pelarian Rohingya masih di laut.

Zahid berkata 2,800 sudah ditempatkan di depoh tahanan di Belatik Sik, Kedah.

Sementara itu berhubung penemuan sebuah kubur besar di Padang Besar yang dipercayai menganduingi 100 mayat pendatang Rohingya, Zahid memaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim kini berada di sempadan Thailand untuk mengecam mayat tersebut.

Katanya ada 14 kem dan 7 khemah ditemui di percayai ada kaitan dengan pemerdagangan manusia.

Maklumat terperinci hanya akan diketahui selepas siasatan nanti katanya.

UTAMAPOLITIKPulau Pinang tetap jadi pusat penempatan pelarian- Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium