Puluhan mayat dipercayai korban Covid-19 terbiar di lantai hospital di Iran - pakdin.my

SATU klip video yang tular mengejutkan warga maya, di mana ia menunjukkan mayat-mayat yang dipercayai korban wabak koronavirus di Iran, dibiarkan di lantai sebuah hospital di negara tersebut.

Kementerian Kesihatan Iran mengesahkan 15 orang lagi telah meninggal dunia akibat wabak tersebut pada Rabu (semalam), sekaligus menjadikan jumlah kematian di negara tersebut meningkat kepada 92 kes, dengan sejumlah 2,922 kes disahkan.

Klip video yang ditonton lebih daripada 836,000 kali itu menunjukkan beg yang berisi berpuluh-puluh mayat diletakkan di lantai hospital di bandar Qom.

Menerusi klip video itu juga, dipaparkan perakam berjalan melalui beberapa bilik di hospital tersebut, dengan media tempatan melaporkan mayat-mayat berkenaan dipercayai korban Covid-19.

Masih belum ada kenyataan rasmi susulan penularan video tersebut yang menimbulkan tanda tanya mengapa ianya tidak dikebumikan dan hanya dibiarkan di lantai hospital.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan kepada hospital supaya hanya menerima pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan dan pesakit yang memerlukan rawatan segera.

Puluhan hospital yang dikendalikan oleh tentera negara itu kini dikhaskan untuk merawat pesakit Covid-19. – Dailystar

UTAMADUNIAPuluhan mayat dipercayai korban Covid-19 terbiar di lantai hospital di Iran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium