Pusat Hiburan Guna Khidmat GRO Remaja Di Serbu (video) - pakdin.my

gro-remaja-kl

Pemilik sebuah pusat hiburan di ibu negara dikesan menggunakan taktik tertentu sehingga menjadi tumpuan ramai.

Ini termasuk menyediakan khidmat GRO dari semuda usia 17 tahun untuk menarik tumpuan pengunjung.

Sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, D7, Bukit Aman membongkar kegiatan pusat hiburan yang terletak di Taman Segar, Cheras, hasil serbuan jam 10.30 malam tadi.

Seramai 15 GRO warga Vietnam ditahan.

Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Manakala 13 yang lain disiasat kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Pemeriksaan mendapati premis ini sudah beroperasi sejak empat bulan lalu tanpa lesen.

Pelanggan yang mendapatkan khidmat seks dikenakan bayaran antara RM300 hingga RM450 .

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk tindakan lanjut.

 

UTAMABERITAPusat Hiburan Guna Khidmat GRO Remaja Di Serbu (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium