Pusat Penyelidikan PAS Dedah Agenda Jahat DAP Memperkudakan Melayu Dalam DAP - pakdin.my

Kain rentang dipasang sempena pemilihan DAPsy di Serdang, Selangor
Kain rentang dipasang sempena pemilihan DAPsy di Serdang, Selangor

Pusat Penyelidikan PAS mendedahkan niat DAP untuk merampas tampuk pentadbiran kerajaan Malaysia daripada kaum Melayu dengan memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, DAP turut merangka strategi tersebut dengan memperkudakan beberapa individu atau tokoh Melayu yang menyertai DAP semasa kewujudan Pakatan Rakyat.

“Semenjak PAS bertahaluf bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS telah menelaah strategi dan unjuran DAP untuk menguasai Malaysia melalui Pakatan Rakyat iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam.

Pendekatan mereka (DAP) dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain. Ketika itu, PAS sentiasa menjadi halangan utama,” dedahnya dalam satu kenyataan semalam.

DAP pada Ogos lalu mengumumkan Pakatan Rakyat telah berkubur dan membentuk satu gabungan baharu parti pembangkang bersama-sama PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Mohd. Zuhdi dalam pada itu mendedahkan kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati pemimpin DAP kini semakin rakus dan ghairah untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi Pakatan Harapan.

Menurutnya, DAP turut menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam dan mengobarkan sentimen anti Melayu untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam.

“Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk menyempurnakan hasrat mereka.

“PPP yakin pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor DAP ini,”

UTAMAPOLITIKPusat Penyelidikan PAS Dedah Agenda Jahat DAP Memperkudakan Melayu Dalam DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium