Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Global

All countries
228,935,812
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
All countries
203,801,365
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
All countries
4,700,044
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Puspawangi, Saloma terima vaksin COVID-19

Dua wanita dari masyarakat Orang Asli yang hadir di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Sungai Jempul, di sini semalam mencuri tumpuan ramai petugas barisan hadapan di pusat itu kerana memiliki nama yang agak unik, membangkitkan nostalgia ramai terhadap filem-filem Melayu lama.  

Puspawangi Samad, 19, dan Saloma Aji, 52, nampak ceria dan bersemangat semasa hadir ke pusat berkenaan untuk menerima suntikan vaksin.

Puspawangi berkata beliau bangga dengan nama yang dimiliki meskipun ia bagaikan nama ‘orang lama’ yang jarang digunakan.

“Saya suka dengan nama diberikan dan menganggap ia unik, setakat ini memang jarang saya jumpa dengan individu yang memiliki nama yang sama,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Mesra disapa Wangi oleh ahli keluarganya, anak kedua daripada lima beradik itu berkata nama yang diperoleh kemungkinan kerana ibu bapanya meminati filem Musang Berjanggut arahan dan lakonan seniman negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bersama seniwati Allahyarhamah Saadiah.

Berkongsi proses menerima suntikan vaksin, Puspawangi yang ditemani sepupunya Malina Aweng, 21, berkata dia lega selepas menerima suntikan pertama itu bagi melindungi dirinya dan orang lain daripada dijangkiti virus COVID-19.

“Saya tak takut pun, rasa tak sabar nak disuntik kerana vaksin memang ia baik untuk kita dan proses suntikan hanya sekejap sahaja,” kata Orang Asli suku kaum Semaq Beri itu.

Kehadiran Saloma turut memeriahkan suasana apabila ada yang mengusiknya untuk mendendangkan lagu, namun ibu kepada lapan cahaya mata itu hanya membalasnya dengan senyuman.

“Nama itu cukup orang kenali dan sudah menjadi kebiasaan menjadi tumpuan ketika berada di mana-mana, memang selalu orang berseloroh suruh nyanyi,” katanya yang memiliki nama sama dengan biduanita pertama negara.

Saloma menzahirkan rasa syukur kerana menerima suntikan vaksin selain berterima kasih kepada petugas kesihatan di PPV berkenaan.

Sementara itu Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata kerjasama Tok Batin dan Jabatan Penerangan menerusi hebahan oleh van bergerak memainkan peranan penting dalam memberikan penerangan mengenai kepentingan vaksin kepada penduduk Orang Asli Sungai Jempol, di sini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata kira-kira 100 penduduk kampung berkenaan menerima vaksin jenis Sinovac dengan suntikan kedua dijangka diberikan pada 23 Julai.

“Setakat ini kita menerima respons yang positif dan kita akan cuba vaksinkan seramai yang mungkin penduduk di lapan kampung Orang Asli di daerah ini,” katanya.

— BERNAMA

Berkaitan