31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Putera Arab maut dalam parti dadah, seks di apartmen mewah

LONDON: Seorang putera raja Arab ditemui mati selepas satu parti dadah dan seks di apartmen mewah milikya di sini, menurut satu inkues.

Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi, 39, anak pemerintah Sharjah di Emiriyah Arab Bersatu berparti dengan seorang lelaki bernama Yohan Escobar di rumah mewahnya di Knightsbridge, lapor The Sun.

Putera UAE itu yang merupakan seorang pereka fesyen dan pemilik label Qasimi, ditemui mati oleh seorang pencuci pada 1 Julai tahun ini.

Beliau pada mulanya menyangka Khalid tidur, tetapi terperanjat selepas menyentuh lehernya dan mendapati ia sangat sejuk.

Inkues diberitahu, pencuci itu menjerit meminta tolong menelefon 911. “Dia mati, dia mati,” tetapi pegawai paramedik tidak dapat menyelamatkannya dan beliau diisytiharkan mati di tempat kejadian.

Ujian toksikologi mendapati paras GHB yang tinggi dalam tubuh Khalid, selain kesan penggunaan kokain.

Bedah siasat mencatatkan sebab kematian sebagai keracunan dadah, inkues diberitahu.

Pegawai penyiasat Andrian De Villiers memberitahu inkues bahawa Khalid berparti dengan Escobar pada malam sebelum kematian beliau.

Escobar yang tidak merupakan orang disyaki ke atas kematiannya menyangka Khalid tidur sewaktu meninggalkan apartmen itu kerana terdengar pereka fesyen itu berdengkur.

Andrian berkata,”tidak terdapat tanda mana-mana orang memberi atau mendorong Khalid mengambil dadah tersebut”.

Satu kenyataan yang dibacakan di mahkamah mendedahkan minat Khalid untuk “mencipta” berkembang apabila beliau berpindah dari Sharjah ke England pada usia 9 Tahun.

Ia berkata, Khalid “sangat berminat dengan kerja sosial, terutamanya yang berkait dengan pelarian. Beliau percaya isu ini akan mendapat manfaat daripada platform yang disediakannya.

Koroner Bernard Richmond QC memberi keputusan kematian berkaitan dadah di Mahkamah Koroner Westminster.

Bapa Khalid, Sheikh Dr Sultan Muhammad Al Qasimi memerintah Sharjah sejak 1972.

Putera sulungnya daripada perkahwinan pertama, Sheikh Mohammed bin Sultan bin Mohammed Al-Qasimi, mati kerana pengambilan dadah berlebihan sewaktu berumur 24 tahun pada 1999 di rumah keluarganya di Sussex.






Berita Berkaitan

Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim, meninggal dunia pada usia 38 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN: Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada usia...

Gelombang kedua COVID-19, Perancis isytihar darurat, kuat kuasa perintah berkurung

PARIS -- Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan...

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan