25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Putera William-Kate Middleton Dikurnia Anak Lelaki

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan keadaan di perkarangan Istana Buckingham di London pada Isnin (waktu London) dan melihat pengumuman mengenai kelahiran bayi lelaki kepada pasangan Putera William dan Duchess of Cambridge,
Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan keadaan di perkarangan Istana Buckingham di London pada Isnin (waktu London) dan melihat pengumuman mengenai kelahiran bayi lelaki kepada pasangan Putera William dan Duchess of Cambridge,

LONDON: Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya Kate meraikan kegembiraan selepas Kate melahirkan seorang putera yang kini menduduki tangga ketiga untuk mewarisi takhta Britain.

Sorakan orang ramai bergema di hadapan Istana Buckingham selepas pengumuman rasmi yang Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan pewaris lelaki yang sihat seberat 3.8 kilogram pada jam 4.24 petang Isnin waktu tempatan.

Bayi yang belum dinamakan itu akan memakai gelaran rasmi iaitu Putera Cambridge dan berada di belakang ayahandanya Putera William dan datuknya Putera Charles selepas Ratu Elizabeth II mangkat atau melepaskan takhtanya.

“Kita amat gembira,” kata William, yang merupakan anak Charles dan mendiang Puteri Diana, dalam satu kenyataan ringkas.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya Michelle membawa perutusan antarabangsa dengan “sambutan yang meriah” manakala Kanada adalah yang pertama untuk mengucapkan tahniah di atas kelahiran pewaris takhta itu.

Kate Middleton, 31, menghabiskan sepuluh jam dalam bilik bersalin selepas beliau dan William berada di Hospital London St Mary, Paddington.

“Yang Teramat Mulia The Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 16:24 (waktu London),” kata Istana Kensington dalam satu kenyataan hanya lebih empat jam selepas Kate melahirkan anak lelakinya itu .

Tempat kelahiran bayi milik pasangan diraja itu adalah hospital yang sama di mana mendiang Puteri Diana melahirkan William pada tahun 1982.

Sementara itu Ratu Elizabeth yang kini berusia 87 tahun akan mencatat sejarah sebagai pemerintah pertama dalam tempoh 120 tahun yang masih hidup untuk menyambut kelahiran pewaris takhta kerajaannya.

Baginda Ratu sudah pun mempunyai lapan orang cucu dan dan dua cicit sebelum ini.

Queen Victoria iaitu datuk kepada Ratu Elizabeth adalah Ratu terakhir untuk menyambut kelahiran bakal pemerintah iaitu Putera Edward VIII yang kemudiannya menaiki takhta dan selepas itu melepaskan takhta berkenaan untuk berkahwin dengan seorang wanita Amerika Syarikat.

Tempatnya kemudian diambil alih oleh adiknya iaitu bapa kepada Ratu Elizabeth.






Berita Berkaitan

Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim, meninggal dunia pada usia 38 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN: Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada usia...

Gelombang kedua COVID-19, Perancis isytihar darurat, kuat kuasa perintah berkurung

PARIS -- Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan...

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan