Puteri UMNO Diminta Bersatu Di Bawah Kepimpinan Presiden Parti – Mas Ermieyati - pakdin.my

mas-ermi-ziarah-mangsa-kemalangan-duke

Seluruh kepimpinan Puteri UMNO perlu terus merapatkan barisan dan bersatu di bawah kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menghadapi segala cabaran demi keutuhan parti.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pelbagai isu yang tercetus kini telah mengganggu-gugat keutuhan kepimpinan parti dan ia perlu diambil perhatian agar perjuangan yang dibawa parti tersebut masih relevan.

“Sekarang masa sangat getir buat seluruh kepimpinan UMNO, buat presiden, jadi saya minta seluruh anggota dan pimpinan Puteri supaya terus rapatkan barisan serta faham, ini masa yang benar-benar menguji seluruh kepimpinan.

“Kita perlu cekal dan tidak mudah menuding jari terhadap kesalahan orang lain dan mesti sama-sama bermuhasabah diri,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Bayaran Bantuan Sewa Rumah 2014 Parlimen Masjid Tanah di Pengkalan Balak, di Alor Gajah, Jumaat.

Seramai 21 penerima memperoleh bantuan RM1,488 seorang, membabitkan peruntukan berjumlah RM31,248 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata anggota Puteri perlu bekerjasama ‘membersihkan’ segala persepsi negatif yang dilemparkan pihak tertentu untuk memburukkan UMNO.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata pergerakan itu sedang berusaha menarik lebih banyak pengundi baharu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata setakat ini pergerakan itu berjaya menarik hampir 400,000 pengundi baharu.

“Sasaran kita untuk tarik 500,000 pengundi baharu dan kita akan pergiatkan lagi program mendekatkan diri dengan masyarakat di samping menyelami masalah yang dialami mereka,” katanya.

UTAMABERITAPuteri UMNO Diminta Bersatu Di Bawah Kepimpinan Presiden Parti - Mas Ermieyati

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium