Puteri UMNO ziarah Peneroka Felda Bukit Batu, Kulai - pakdin.my

#SelamatkanFelda #PuteriPrihatin

Cerita pagi tadi.. Sebelum ke program Jelajah Presiden UMNO di JB, kami sempat singgah ziarah 4 keluarga peneroka Felda Bukit Batu, Kulai.

Keluhan ramai peneroka dan anak anak Felda pasca PRU14 buatkan kami terpanggil untuk datang dengar sendiri masalah dan luahan mereka.

“Kalau dulu harga buah sawit mentah boleh jual purata RM800/tan, tapi sekarang harga dalam RM300 lebih je, itu belum tolak upah pekerja lagi” kata salah seorang peneroka Pakcik Hj Mohd Zahari

“Dah 6 bulan PH memerintah, takde langsung Ahli Parlimen mahu pun Adun sini datang bertanyakan masalah kami,sampaikan kami tak tahu nak mengadu pada siapa” luah anak peneroka sdr Mohd Khair.

Kami yang mendengar turut rasa simpati bercampur marah apabila peneroka dianak tirikan oleh pemerintah sekarang.

Adakah mereka bukan rakyat yang layak menerima bantuan kerajaan? Adakah ini salah satu tindakan balas dendam oleh PH kepada masyarakat luar bandar?

Sudahlah mereka tertipu dengan macam macam harapan palsu, bila mereka susah, kerajaan biarkan begitu sahaja.

Berhenti beri alasan salahkan kerajaan lama, buat kerja untuk rakyat, tunaikan janji janji manifesto kalian.

Kami desak kerajaan PH di pusat dan di negeri Johor agar lebih prihatin dan jangan abaikan kebajikan para peneroka.

Sumber: Facebook Zahida Zarik Khan
Link: http://link.pakdin.net/zahida

Berita sebelum: [Video] Zahida Zarik Khan bersama keluarga peneroka Bukit Batu, Johor
https://pakdin.my/80190-2/

 

UTAMAPOLITIKPuteri UMNO ziarah Peneroka Felda Bukit Batu, Kulai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium