30 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Putrajaya, Selangor Setuju Struktur Semula Industri Air

Rupanya selama ni pengikut mereka ditemberang oleh pemimpin mereka sendiri. Dengar khabar Khalid dah lama nak sign MoU bagi menstruktur bekalan air Selangor tetapi di halang oleh Penasihat Seringgit. Sebelum ini diorang kata tak ada krisis air sehingga 2019 dan tiada keperluan untuk pembinaan empangan Langat 2.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya

Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada Rabu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menstrukturkan semula industri air di Selangor.

Langkah berkenaan juga dilihat sebagai membuka laluan kepada pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010.

MoU tersebut ditandatangani di bangunan Perdana Putra di sini.

Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sementara Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis berkenaan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 


Penstrukturan Semula Bekalan Air Selangor Mampu Tingkatkan Kemudahan Infrastruktur Air

Langkah penstrukturan semula industri bekalan air Selangor akan membolehkan antara lain infrastruktur bekalan air di negeri itu ditambah baik dan memastikan bekalan air terawat disalur dengan lebih sempurna setiap masa.

Menyifatkan langkah berkenaan sebagai jalan terbaik berikutan isu kekurangan bekalan air di negeri itu sekarang, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran) memuji tindakan kerajaan negeri Selangor yang akhirnya bersetuju menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan bagi membolehkan ia dilaksanakan.

“Jadi saya harap dalam masa beberapa tahun ini kita dapat baiki infrastruktur. Sebenarnya masalah air kita ini lebih kepada masalah infrastruktur bukan masalah cuaca.

“(Sekarang) ini musim panas biasa, Jabatan Meteorologi pun ada keluarkan kenyataan bahawa suhu ini biasa bukan suhu yang lampau,” katanya kepada Bernama.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini mendatangani MoU berhubung langkah penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu yang telah berlarutan sejak 2008.

Melalui MoU itu, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Piarapakaran berkata loji Langat 2 akan berupaya memproses air terawat sebanyak 1,200 juta liter sehari dan merupakan tambahan yang tinggi bagi bekalan air di Selangor.

Ditanya sama ada bekalan air mentah akan tetap menjadi masalah kepada kekurangan bekalan air di negeri itu walaupun loji berkenaan dibina, beliau berkata loji berkenaan akan menggunakan sumber air mentah berbeza.

“Dalam situasi ini apa sedang berlaku, untuk loji Langat 2, air mentahnya bukan daripada Selangor, air mentah dia dibawa daripada Pahang, merentasi Banjaran Titiwangsa melalui terowong di bawah projek Bekalan Air Mentah Pahang-Selangor,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia, Foon Weng Lian berkata, persetujuan itu merupakan titik permulaan yang baik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam pembangunan sektor air bagi menjamin bekalan berterusan kepada pengguna.

Foon, yang juga Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata pendekatan telus yang berpaksikan kepentingan pengguna adalah perlu bagi memastikan rancangan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Diharap semua pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat bekerjasama erat, mewujudkan komunikasi efektif, dan semua pendekatan biarlah menjurus kepada kepentingan pengguna, bukannya politik.

“Jika boleh, wujudkan satu panel atau jawatankuasa bebas yang dianggotai oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, persatuan pengguna, pakar dalam bidang penyelidikan air sebagai pihak ketiga untuk memantau gerak kerja penstrukturan semula tersebut,” katanya.

Eksekutif Kanan Forum Air Malaysia, Nuraini Khalil pula menarik perhatian bahawa penstrukturan semula perlu dilaksanakan segera, memandangkan Selangor adalah antara negeri yang masih belum menjalani proses itu.


Nuraini, yang merujuk laporan ‘Malaysia Water Industry Guide 2013’ berkata negeri yang telah menjalani penstrukturan semula dan berhijrah ke rejim pelesenan baharu mempunyai rekod baik dari segi kadar air tidak berhasil (NRW).

“Oleh itu, penstrukturan semula ini akan memberi manfaat kepada semua penduduk di negeri tersebut kerana perkhidmatan bekalan air dapat dilakukan dengan sistematik, cekap serta telus, di samping air bersih dan selamat dapat dibekalkan secara berterusan kepada pengguna,” katanya.

Bagaimanapun, Presiden Pengamatan Air Pulau Pinang Prof Dr Chan Ngai Weng khuatir jika pembinaan loji Langat 2 digunakan sebagai penyelesaian muktamad bagi masalah bekalan air dan berharap semua pihak tidak terlalu selesa dengan keputusan itu.

“Buat jangka masa pendek bolehlah tetapi untuk jangka masa panjang masalah bekalan akan tetap berlaku, selepas ini sudah tentu Pahang juga akan maju dan jumlah pengguna akan meningkat, tak boleh selamanya berharap kepada bekalan air mereka (Pahang),” katanya.

Diminta mengulas mengenai isu NRW yang disebut Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai antara punca masalah bekalan air, beliau berkata isu itu akan menelan belanja tinggi untuk diselesaikan.

“NRW ini ialah air terawat yang hilang oleh sebab bocor atau dicuri, jadi jika nak selesaikan perkara ini, paip-paip air perlu ditukar di seluruh negeri, jadi ini sangat mahal dan tarif air mungkin akan dinaikkan sekiranya ia mahu ditambah baik,” katanya.

Berita Berkaitan

PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor,...

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...