Qatar naikkan harga petrol 30 peratus dan mengalami bajet defisit akibat kehilangan RM52b hasil akibat kejatuhan harga minyak - pakdin.my

DOHA: Qatar menaikkan harga petrol sehingga 30 peratus bermula hari ini, demikian mengikut syarikat bahan api negara itu. Keputusan dibuat di tengah-tengah kejatuhan berterusan harga minyak global.

Kenaikan mengejutkan itu berkuat kuasa tengah malam tadi dan menyebabkan kesesakan teruk di beberapa stesen petrol di negara itu, menurut media sosial.

Keputusan menaikkan harga minyak diumumkan oleh syarikat minyak negara, Woqod, dalam satu nota yang dihantar kepada pengurus stesen petrol, semalam.

Harga bagi petrol biasa meningkat kepada 1.30 riyal Qatar (RM1.56) seliter daripada 1.00 riyal (RM1.20) sebelumnya.

Produk lain meningkat lebih tinggi, dengan petrol premium (RON90) meningkat sekitar 35 peratus kepada 1.15 riyal (RM1.38).

Pertengahan tahun lalu, Qatar mengumumkan negara itu mungkin berhadapan defisit bajet pertama dalam masa 15 tahun pada 2016 kerana kejatuhan harga bahan api.

Bulan lalu, diunjurkan harga bahan api lebih rendah menyebabkan Qatar kehilangan sehingga AS$12 bilion (RM52.5 bilion) dalam bajetnya tahun ini.

Screenshot_20160115-134825-picsay

UTAMADUNIAQatar naikkan harga petrol 30 peratus dan mengalami bajet defisit akibat kehilangan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium