31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2020

Quinoa: Kalau tak spin, bukan pembangkanglah namanya.

Kononnya Najib Razak ni out of touch, tak faham rakyat sebab dia tak makan nasik, makan quinoa dari luar negara.

Semalam, saya sendiri berada di dalam sesi tersebut di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Cheras iaitu Bajet 2018: Kesejahteraan Hidup Rakyat.

Perdana Menteri memberikan ucapan santai berkenaan pencapaian ekonomi negara, kesejahteraan hidup rakyat berkisar subsidi langsung dan tidak langsung, B40 dan M40, kos sara hidup dan gaya hidup, pencapaian beliau sendiri dalam menangani isu MH17, krisis Selatan Filipina dan lain-lain.

Kemudiannya ada sesi menjawab soalan yang ditujukan kepada PM melalui media sosial dan pengakhirannya ditutup dengan pelancaran Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Ada dua part yang pembangkang jadikan isu daripada sesi iaitu isu restoran Jepun RM1,000 seorang dan tak makan nasi, tapi makan quinoa.

Dr. Mahathir bin Mohamad, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Lim Lip Eng semua mainkan isu di atas. Sudah tentu mereka takkan bagitau konteks sebenar restoran Jepun dan quinoa yang diujarkan oleh PM semalam.

Pertama, isu restoran Jepun RM1,000 seorang.

PM menjawab soalan dari sosial media yang bertanya soalan “Bagaimana kerajaan boleh memainkan peranan untuk mendidik anak muda tentang kos sara hidup vs kos gaya hidup?”

PM menerangkan perbezaan gaya hidup (lifestyle) dengan kos sara hidup (cost of living). Beliau beri contoh di restoran Jepun dekat hotel terkemuka, bil makanan anda boleh mencecah RM800 hingga RM1,000 bergantung kepada apa yang dipesan. Kemudian beliau tanya, kos makan minum di mamak, Fizo Omar jawab RM8. PM sambung, favourite beliau adalah Nasi Vanggey yang terkenal di Ipoh yang hanya berkos RM4.80 sepinggan. Kesimpulannya, ia adalah berkenaan pilihan. Pilihan di tangan anda. Anda boleh makan di restoran Jepun atau di restoran mamak terpulang kepada anda.

Apa yang PM cakap itu takde salah pun. Kos gaya hidup tidak boleh disamakan dengan kos sara hidup. Anda ada pilihan untuk tidak membeli smartphone baru, anda ada pilihan untuk tidak beli kereta dan naik pengangkutan awam, anda ada pilihan untuk pergi ke hospital kerajaan bayar RM1 untuk dapat rawatan penuh berbanding swasta yang lebih mahal.

Dan PM cakap, walaupun rakyat ada pilihan, tak bermakna kerajaan taknak tengok kualiti hidup rakyat semakin meningkat. Yang paling penting, berbelanjalah mengikut kemampuan.

Kedua isu, tak makan nasi, makan quiona.

Ini pun PM jawab kepada soalan “Saya tengok dato nampak fit dan sihat selalu walaupun jadual sibuk. Apa rahsia dato?”

PM jawab panjang lebar tentang kepentingan bersenam, work-life balance dan sebagainya. Sampai satu part PM cakap beliau suka makan. Macam semua rakyat Malaysia beliau suka makan, tapi beliau tegaskan beliau kena kawal pemakanan. Cara beliau kawal pemakanan beliau tak makan nasik (atau kurangkan makan nasik sebab sebelum tu beliau cakap beliau suka Nasik Vanggey) dan makan quinoa yang anak beliau kenalkan. Quinoa kaya dengan protein dan ditanam secara meluas di Peru.

PM juga cakap tengah cari cara bagaimana untuk tanam dan hasilkan quinoa atau yang lebih kurang macam quinoa di Malaysia untuk memberi pilihan yang lebih sihat kepada rakyat Malaysia.

Saya sarankan semua untuk tonton ucapan penuh Perdana Menteri semalam: https://youtu.be/c0mO3XT4LWk


 

Kalau malas sangat dan nak dengar apa PM cakap pasal restoran Jepun, tak makan nasik dan sebagainya, boleh start tonton daripada minit ke 41:00 ke atas.

Semalam Dr Abdul Rahman Abdul Kadir ada, Dr Adwin Zainal ada, dan buat kali pertama juga dapat jumpa abang famous Faiz Pire. Tanyalah mereka konteks ucapan PM semalam. Mereka dengar dari awal sampai habis.

Janganlah jadi macam pembangkang termasuk Tun Mahathir yang kerjanya mengelirukan orang ramai. Mereka sudah tentu tak dengar pun ucapan penuh PM semalam. Meminjam kata-kata kawan saya “Don’t be stupid, be informed.”


Sumber asal:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215078535774804&id=1173231958

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

PRN Sabah: Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah B. Syed Osman mempertikaikan status pendaftaran Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Sabah. Berikut adalah kenyataan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...