26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Radar Militari Pasukan Pertahanan Maldives Tidak Kesan Pesawat #MH370

MH370-kepulauan-maldives

Penerbangan MAS MH370 yang hilang dan dilaporkan dilihat di pedalaman pulau Maldives, di Kudahuvadhoo Atoll, tidak dikesan pada radar tentera negara itu.

“Lanjutan daripada pengawasan yang dijalankan setakat ini, radar militari di negara ini tidak dapat mengesan kapal terbang yang hilang,” kata jurucakap Pasukan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) dalam satu kenyataan dalam laman web Kementerian Luarnya.

Radar di lapangan terbang di Maldives juga tidak mendapati sebarang isyarat mengenai kapal terbang yang hilang, yang kononnya dilihat terbang rendah oleh penduduk Maldives di Kudahuvadhoo pada pukul 6.15 pagi, 8 Mac.

Penduduk di Kudahuvadhoo telah memberitahu sebuah portal berita tempatan di sana bahawa mereka melihat sebuah pesawat jumbo terbang rendah di mana warna pada bahagian badannya kelihatan sama dengan pesawat Malaysia Airlines pada pagi 8 Mac.

Para saksi juga mendakwa pesawat dilihat dalam perjalanan utara ke tenggara, menuju ke penghujung selatan Maldives -Addu.

Menurut Wikipedia, pulau Kudahuvadhoo adalah kira-kira 1.15km panjang dan terletak hampir 180km dari ibu negara Maldives, Male.

Usaha pengawasan, menurut MNDF telah dijalankan dengan “tahap yang memuncak daripada kewaspadaan” dan ia telah membantu Perkhidmatan Polis Maldives dan agensi antarabangsa berhubung usaha mencari kapal terbang yang hilang.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...