Rafizi Bohong – Rahman Dahlan @mpkotabelud @rafiziramli

rafizi-rahman-dahlan 

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menganggap tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyerang dan berbohong mengenai dirinya adalah satu tindakan terdesak.

Rafizi marah dengan pendedahan Rahman mengenai satu laporan Polis ke atas Sarawak Report dan dirinya semalam yang mensabitkan dengan kegiatan memalsukan dokumen untuk menyerang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Rafizi hari ini menjawab laporan tersebut dengan menuduh Rahman di sebalik laporan tersebut.

Saya menyeru rakyat meneliti kredibiliti nama-nama yang terbabit di dalam perkara ini:

1. Datuk Abdul Rahman Dahlan dikenali sebagai penyokong kuat Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sebagai seorang ahli politik junior yang kalah di bahagian sendiri (beliau tewas bertanding Ketua Bahagian Umno Kota Belud), beliau telah mendapat manfaat besar dari Dato’ Seri Najib Tun Razak sehingga dilantik menjadi Menteri Persekutuan. Sudah tentu beliau mempunyai kepentingan (vested interest) untuk mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan apa cara sekalipun kerana jika ada Perdana Menteri baru, besar kemungkinan beliau digugurkan dari kabinet dan kerjaya politik beliau akan tamat.

2. Ramesh Rao Krishnan Naidu yang membuat laporan ini adalah seorang pesuruh bawahan yang selalu digunakan untuk menghentam pimpinan pembangkang selain membuat laporan-laporan polis tidak berasas. Malah, beliau dilihat pernah melobi untuk dilantik menjadi senator bagi menggantikan P. Waythamorthy yang meletakkan jawatan seperti yang ditulis di laman-laman maya http://tenteramaya.blogspot.com/2014/02/ramesh-rao-krishnan-naidu-paling-layak.html

3. Lester Melanyi adalah seorang bekas wartawan yang pernah menimbulkan kontroversi dan mengundang kemarahan umat Islam dalam tahun 2006 dahulu apabila sebagai editor, akhbarnya Sarawak Tribune menyiarkan kartun Rasulullah sebagai pengganas, seperti dilaporkan http://www.thesundaily.my/node/175163

Bagaimanapun Rahman menganggap serangan ke atas diri beliau sebagai sesuatu yang sangat aneh kerana beliau hanya meminta Polis menyiasat laporan terbabit bukannya individu yang membuat tuduhan mahu pun membuat laporan Polis.

“jawapan Rafizi sangat lemah dan bertentangan dengan saranan beliau sendiri sebelum ini bahawa jangan menyerang atau menembak penyampai mesej,” tweet Rahman sebentar tadi mengulas jawapan Rafizi.

Rahman juga terkejut dengan tuduhan Rafizi bahawa beliau pernah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dan kalah.

Untuk rekod Rahman tidak pernah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang kini disandang oleh Tan Sri Salleh Tun Said Keruak,

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here