RAFIZI MUNGKIN BOLEH MEMPERBODOHKAN ORANG, TAPI BUKAN SETIAP MASA [VIDEO] - pakdin.my

Janngan lupa subscribe

MUKADIMAH: 2016 mungkin tahun malang bagi Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. Tahun ini sahaja beliau didapati bersalah diatas empat kesalahan termasuk mencetuskan ketegangan antara agama, fitnah isu National Feedlot Corporation (NFC) dan terbaru bersalah mendedahkan dokumen rahsia. Beliau mungkin menganggap dirinya sebagai wira, namun harus diingat, bahawa Rafizi tidak ubah seperti pembohong bersiri – membuat andaian demi kepentingan politik peribadi.

Wartawan veteran, Datuk Ahirudin Attan
Wartawan veteran, Datuk Ahirudin Attan

Pemenjaraan Naib Presiden PKR selama 18 bulan akibat melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 merupakan tamparan hebat kepada Rafizi Ramli ekoran sentiasa membuat kenyataan palsu dan berbohong bagi mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan.

Rafizi didapati bersalah diatas dua pertuduhan dibawah OSA iaitu memiliki dan mendedahkan laporan sulit Peguam Negara berkaitan 1MDB.

Bercakap kepada Malaysian Digest, wartawan veteran Datuk Ahirudin Attan berkata, malang bagi Rafizi kerana hukuman penjara terhadapnya merupakan ‘strike 4’ bagi tahun ini setelah sekian lama menjadi pembohong bersiri.

“Kadangkala dia boleh memperbodohkan orang, tetapi dia tidak boleh memperbodohkan orang setiap masa. Dia sudah berkali-kali terbukti bersalah memfitnah. Mereka (penyokong Rafizi) kini boleh melihat siapa dia sebenarnya.

“Kita perlukan pendedah maklumat. Kita perlukan orang yang berani menegakkan keadilan. Tetapi kita tidak perlukan orang yang fikirkan mereka lakukan kedua-duanya tetapi sebenarnya hanya membuat tuduhan liar semata-mata untuk kepentingan peribadi sahaja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya, ada sesetengah pihak menganggap Rafizi sebagai hero kononnya mendedahkan maklumat kepada rakyat namun keputusan mahkamah mensabitkan kesalahan diatas kesalahan fitnah, hasutan dan melanggar undang-undang nyata membuktikan Rafizi adalah sebaliknya.

“Apa yang dikatakannya hanyalah dakwaan semata-mata. Sekadar tuduhan tanpa bukti,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Rocky Bru.

Ahirudin yang mengendali blog rockybru.com dalam pada itu menyifatkan Rafizi sebagai budak tidak matang yang terlalu ghairah apabila mendapat peluang menunggang motosikal berkuasa besar.

“Jika kita beri budak tak matang bawa motosikal besar, mereka akan melanggar undang-undang. Mereka juga akan terlibat dalam kemalangan dan mencederakan diri mereka sendiri serta orang lain.

“Itulah tanggapan saya terhadap Rafizi. Dia ni budak yang naik (dalam politik) terlalu cepat dan akhirnya tersungkur,” katanya.

Mangsa-Mangsa Rafizi

Rafizi sebelum ini pernah mendakwa Datuk Seri Azmin Ali membenarkan amalan rasuah serta pembayaran berbentuk habuan seks berlaku di pejabat Menteri Besar.

Beliau kononnya mempunyai bukti serta saksi diatas dakwaan tersebut kemudian membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), namun setelah diteliti SPRM tidak menemui sebarang bukti tuduhan berkenaan

Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin
Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin

Politik pembohongan Rafizi tidak kenal mangsa dan status seseorang itu, malah serangannya terhadap ahli PKR juga berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim pada awal 2014 dalam misinya untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menceritakan detik-detik dimana Khalid difitnah oleh Rafizi bersama bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menerusi agenda ‘Langkah Kajang’, Pembantu Khas Khalid, Faekah Hussin menyifatkan insiden tersebut sebagai drama terbesar PKR.

“Insiden itu adalah drama paling besar apabila pejabat kerajaan negeri (pada waktu itu) menerima ‘dossier’ setebal 91 muka surat. Jika anda rajin baca 91 muka surat itu, satu pertiga daripada tuduhan itu adalah pertanyaan ‘mengapa Khalid tak nak bayar lebih kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH)?’

“Sepatutnya jika PKR nak tuduh Khalid mengamalkan rasuah, mereka patut tanya kenapa Khalid bayar lebih. Itu baru betul ada potensi berlaku rasuah. Tapi dalam dossier itu, mereka tanya kenapa Khalid tak mahu bayar lebih,” katanya kepada Malaysian Digest.

Jelasnya, kes yang sudah terbukti sebagai fitnah Rafizi dan Saifuddin di mahkamah akhirnya membersihkan nama Khalid.

Bercakap mengenai Langkah Kajang, Faekah berkata pelan tersebut juga merangkumi usaha untuk menggunakan wang rakyat negeri Selangor selepas Anwar diangkat sebagai Menteri Besar agar misi utama untuk ke Putrajaya tercapai.

“Dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar, mereka (PKR) tak dapat berbuat demikian. Khalid tak benarkan duit rakyat Selangor digunakan untuk kegiatan politik,” tegasnya.

Rafizi ketika mengumumkan 'Langkah Kajang' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang
Rafizi ketika mengumumkan ‘Langkah Kajang’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang

Mengulas mengenai pemenjaraan Rafizi, Faekah berkata Ahli Parlimen Pandan itu harus sedar akan tindakannya mendedahkan dokumen rahsia dan selaku penggubal undang-undang, Rafizi perlu tahu tindakannya itu adalah salah di sisi undang-undang.

“Sebagai ahli parlimen, Rafizi pastinya faham maksud rahsia. Pada masa sama juga, dia faham apa yang dia lakukan itu melanggar mana-mana akta atau tidak.

“Saya tak katakan apa yang dikenakan terhadap Rafizi adil atau tidak, saya nak katakan itu adalah undang-undang Malaysia. Sekiranya dia melanggar undang-undang walaupun apa yang dikatakan rafizi betul atau tidak, ianya tidak perlu dibuktikan,” katanya lagi.

Pastinya apa yang berlaku kepada Khalid juga menjadi teladan kepada Azmin. Beliau juga mungkin bersetuju bahawa Rafizi merupakan pembohong bersiri. Malah Azmin juga pernah menggelarkan Rafizi sebagai bacul kerana menuduh beliau tanpa bukti dan tidak melaporkan isu berkenaan kepada SPRM.

Pembohong Bersiri Merbahaya Kepada Negara

Pengalaman berjuang bersama Rafizi dikongsi bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lokman Noor Adam kepada Malaysian Digest yang melihat pemimpin PKR yang bakal dipenjara itu “main tembak sahaja”.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam

“Kalau kita lihat, baru-baru ini secara berturut-turut Rafizi didapati bersalah memfitnah Pengerusi NFC, Datuk Salleh. Beliau juga kalah kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung isu cincin berlian dan dua lagi kes. Ini adalah empat kes dimana beliau kalah di mahkamah secara berturut-turut.

“Yang terbaru adalah berkaitan OSA. Berdasarkan pengalaman saya (didalam PKR) bersama beliau, Rafizi ni bercakap tanpa fakta. Dia main tembak sahaja. Kebanyakan apa yang dia tembak itu merupakan pembohongan,” katanya.

Jelasnya, pembohongan berterusan Rafizi ini sangat membahayakan negara ekoran beliau mempunyai ramai pengikut di laman sosial termasuk di twitter, Facebook dan di Youtube.

“Saya mengharapkan pihak berkuasa dan rakyat Malaysia, jangan ambil mudah walaupun Rafizi telah dipenjarakan, maka kita tidak melaporkan pembohongan baru.

“Sebab walaupun sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan, beliau masih lagi meneruskan pembohongan menerusi video yang beliau muatnaik di Youtube selepas mahkamah jatuhkan hukuman baru-baru ini,” katanya.

Tambah beliau, pembohongan Rafizi dikhuatiri akan mempengaruhi mereka yang sebenarnya mencari maklumat sahih berkenaan isu semasa.

“Mereka akan percaya apa yang diperkatakan oleh Rafizi, seolah-olah ianya datang dari sumber yang disahkan. Ini disebabkan kedudukan Rafizi sebagai bekas akauntan dan juga bekas pekerja Petronas.

“Ini memberi sedikit sebanyak kredibiliti kepada beliau seolah-olah beliau ini mahir dengan apa yang diperkatakannya. Pada hakikatnya, berdasarkan pengalaman saya berdebat dengan beliau, memang Rafizi selalunya bercakap semberono dan tidak bersandarkan fakta,” katanya lagi.

Rafizi mungkin boleh mencontohi wakil pembangkang didalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua yang menyatakan berlaku salahlaku didalam agensi berkaitan kerajaan namun tidak bertindak mendedahkan dokumen berkenaan kepada umum.

Beliau yang bukan anggota PAC tidak sepatutnya memperolehi dokumen berkenan dan beliau didapati bersalah melanggar undang-undang kerana mendedahkannya kepada umum.

 Raja Sarah Petra dipetik Malaysia Today berkata, sungguhpun apa yang dilakukan Rafizi dianggapnya betul dari segi moral, ianya tetap salah dari sudut undang-undang.

Ujarnya, Rafizi boleh katakan bahawa apa yang dilakukannya tidak melanggar moral tetapi mahkamah hanya memandang berat samaada Ahli Parlimen Pandan itu melanggar undang-undang atau tidak, dan Rafizi tidak menafikan beliau bertindak sedemikian.

Malaysian Digest

UTAMABERITARAFIZI MUNGKIN BOLEH MEMPERBODOHKAN ORANG, TAPI BUKAN SETIAP MASA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium