25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Rais Minta Telco Tangguhkan Hasrat Kenakan Cukai 6 Peratus

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta syarikat telekomunikasi (telco) menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon pra-bayar.

Beliau berkata perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.

“Masa dan ketika tidak kena sebab tiba-tiba diputuskan begitu,” katanya kepada pemberita selepas rancangan ‘Bicara Rakyat’ di Angkasapuri di sini, Jumaat malam.

Beliau berkata syarikat telco perlu mengambil kira hak pengguna memandangkan ada syarikat terbabit meraih keuntungan besar sekitar RM800 juta hingga RM1.2 billion setahun.

Rais menjadi tetamu rancangan ‘Bicara Rakyat’ yang disiarkan secara langsung di TV1.

Turut sama dalam barisan panel jemputan ialah pengamal media iaitu Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan, Editor Tugasan Bernama TV D. Arul Rajoo dan Ketua Eksekutif Editor Sin Chew Daily Kuik Cheng Kang yang membincangkan tajuk ‘Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera’.

Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.


Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dalam pada itu, Rais berkata gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ bukanlah satu slogan semata-mata, sebaliknya ialah adalah satu cara hidup masyarakat di negara ini.

“Ia berbeza dari slogan-slogan (yang pernah diperkenalkan pada setiap hari kemerdekaan terdahulu) kerana 1Malaysia adalah cara hidup yang hendak kita lakukan dan ia mencapai ke arah wawasan 2020.

“Dengan lain perkataan, apa yang diasaskan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir kita ambil bersama-sama dan kita jadikan sebagai pentadbiran politik dan perjuangan kita,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata beliau akan menghadiri satu persidangan mengenai jenayah siber yang akan diadakan di United Kingdom pada November depan.

Katanya persidangan itu yang akan disertai oleh semua negara Komanwel akan mencari cara atau tindakan yang boleh dikenakan terhadap jenayah siber untuk dijadikan peraturan yang sesuai diamalkan oleh negara-negara anggota.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...