31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek sangat dikehendaki dalam jenayah perjudian online itu.

Katanya, identiti suspek dikenalpasti sebagai Goh Leong Yeong berusia 32 tahun.

“Suspek beralamat di Blok 25B2-5-8, Miharja Kondominium, Batu 2 1/2, Off Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

“Suspek ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan tiga kes jenayah di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

suspek-macau-dikehendaki

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat mengenai suspek sangat dikehendaki itukepada pegawai penyiasat kes ini, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai bagi membantu siasatan polis dalam kes ini (menangkap suspek),” tegas beliau. – MalaysiaGazette






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan