Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Global

All countries
228,952,408
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
All countries
203,830,768
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
All countries
4,700,282
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara

SHAH ALAM — Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

“Beberapa kumpulan percaya saya mendapat manfaat daripada keputusan itu, saya ingin menjelaskan kedudukan saya. Saya tidak mempunyai kaitan dengan Gabungan Indah Sdn Bhd atau sebarang projek pembangunan di HSKLU,” titah baginda dalam hantaran di Instagram hari ini.

Hantaran itu merujuk kepada keputusan untuk menyahwartakan separuh daripada HSKLU selaras dengan matlamat pembangunan Selangor ke arah kestabilan sosioekonomi dan kelestarian.

Pada 1 Sept lepas, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berkata Kerajaan Negeri Selangor masih mengekalkan kira-kira 46 peratus daripada kawasan hutan simpan itu di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat sebagai hutan simpan kekal.

Menurut jabatan itu, cadangan penyahwartaan hutan simpan tersebut telah melalui proses yang teliti oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam sejak keputusan mengenainya diterima pada November 2019.

“Kerajaan Negeri Selangor turut mengenakan beberapa syarat kepada pemaju Gabungan Indah Sdn Bhd termasuk pengekalan sebanyak 20 peratus daripada kawasan pembangunannya sebagai kawasan hijau serta keperluan translokasi spesies-spesies flora dan fauna yang berkepentingan,” katanya.

Tengku Amir Shah juga bertitah baginda tetap prihatin terhadap alam sekitar dan menyedari bagaimana pembangunan memberi kesan terhadap perubahan iklim yang bukan hanya menjejaskan rakyat Malaysia tetapi juga generasi pada masa akan datang.

“Kita perlu memikul tanggungjawab bersama untuk melindungi dan memulihara sebahagian besar dari kawasan ini. Perkasakan dan lindungilah masyarakat yang tinggal di kawasan itu.

“Bangunkan komuniti yang lebih lestari dengan memiliki rasa empati dan berpandangan jauh. Rakyat Selangor tidak suka melihat ia (HSKLU) pupus.

“Kita rakyat Malaysia ingin memainkan peranan kita untuk planet ini iaitu menebus kembali kesilapan ekologi kita dan memberikan sumbangan yang positif kepada alam sekitar,” titah baginda.

Berkaitan