29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Raja Nazrin Nasihat Rakyat Malaysia Semak Fakta

Raja Dr Nazrin Shah
Raja Dr Nazrin Shah

Rakyat Malaysia diminta menyemak kesahihan sesuatu fakta terlebih dahulu memandangkan kehidupan hari ini banyak dipengaruhi teknologi yang menjadi saluran penyebaran berita palsu, maklumat terpesong dan fitnah melalui media sosial.

Dalam titah nasihatnya, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan bahawa bumi Malaysia tidak terkecuali dari dilanda penyebaran pelbagai bahan di media sosial.

Baginda, yang juga Pro Canselor Universiti Malaya (UM), bertitah penyebaran berita palsu, maklumat terpesong serta fitnah kini semakin berlaku di dalam media sosial negara, mengakibatkan berlaku reaksi tidak rasional hingga ke peringkat mencetuskan tension (ketegangan) yang menjejas hubungan kaum dan hubungan agama di kalangan warga negara ini.


Dalam titahnya pada Istiadat Konvokesyen UM kali ke-50 di sini Isnin, Raja Nazrin menegaskan fitnah pada hari ini diolah secara sofistikated hingga berjaya mempengaruhi dan memerangkap kalangan insan yang berpelajaran tinggi malah fitnah juga diolah mereka berpelajaran tinggi.

“Sebagai insan berilmu, minda saudara saudari hendaklah dicanai agar berfikiran secara bijaksana, berupaya menilai kesahihan dan ketepatan sesuatu cerita,” titahnya.

Raja Nazrin bertitah teknologi laksana pedang bermata dua di mana ia boleh digunakan untuk membawa rahmat, juga boleh disalah guna untuk mencetus bencana.

Titah baginda penggunaan teknologi dipengaruhi oleh niat dan matlamat insan-insan yang menguasai dan menggunakannya.

“Hatta berlaku keadaan teknologi bukan sahaja memudahkan ilmu, pengetahuan dan maklumat yang tepat dapat diakses oleh penduduk dunia, teknologi juga terbukti menjadi saluran penyebaran fitnah yang sangat berpengaruh,” titahnya.


Baginda memberikan contoh pada 30 Okt 1938, penerbit dan pelakon George Orson Welles telah mencetuskan histeria besar di Amerika Syarikat apabila beliau menerbitkan dan menyiar drama radio dengan menggunakan kaedah ilusi teater tentang pendaratan makhluk asing dari Marikh di New Jersey dan mempercayai ia adalah berita benar, berpusu-pusu penduduk lari meninggalkan rumah.

Orson dipersalahkan kerana telah mencetuskan satu histeria nasional tetapi penerbit itu menganggap beliau tidak sepatutnya dipersalahkan kerana bagi beliau, orang ramai sewajibnya terlebih dahulu menyemak kesahihan sesuatu fakta.

Membandingkan insiden 1938 itu, Raja Nazrin bertitah bahawa teknologi hari ini lebih berkaliber dan mampu mencetuskan kegemparan dalam beberapa saat sahaja dan insiden yang serupa telah menipu beribu-ribu penduduk dunia apabila ramai yang terpedaya dengan cerita palsu kematian pelakon Jackie Chan dan Morgan Freeman.

Raja Nazrin bertitah dalam menghadapi gelombang penyebaran fitnah yang semakin melanda, aspek yang menekankan nilai kebenaran wajib diberi perhatian setiap institusi pendidikan.


Titah baginda mungkin perlu dilukis garis pemisah yang membezakan di antara insan berpelajaran dengan insan berpendidikan, di antara insan berpengetahuan dengan insan berilmu.

“Insan berpelajaran mungkin menguasai pelbagai pengetahuan tetapi tidak merasa salah untuk menyalahgunakan pengetahuan bagi kepentingan diri sendiri, meski mencetus kesengsaraan kepada insan lain dan kehidupan alam; sementara insan berpendidikan adalah insan berilmu yang dilengkapi komponen roh, lalu menyedari akan etika dan batas yang wajib dihormati,” titahnya.

Raja Nazrin dalam pada itu menitahkan tahniah kepada UM kerana berjaya meletakkan dirinya di tangga ke 33 berdasarkan QS Asian University Rankings 2012 berbanding tangga ke 35 tahun sebelumnya daripada 7,000 buah universiti di seluruh Asia.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan