Raja Perempuan Perlis Ziarah Keluarga Noramfaizul - pakdin.my

KUALA LUMPUR, 5 Sept  — Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid Isnin berkenan menziarah keluarga jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban di Somalia Jumaat lepas.

Turut menyambut ketibaan baginda ialah Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Hasnul Hassan dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong.

Dalam kunjungan kira-kira sejam itu, baginda turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul.

Ibu Allahyarham, Naemah Abd Majid, 63, berkata beliau amat terharu dengan kunjungan Raja Perempuan Perlis yang begitu prihatin dengan musibah yang menimpa anak lelaki tunggalnya itu.

“Baginda berharap kami sekeluarga bersabar… memang kami bersabar dan reda dengan pemergiannya dan Alhamdullilah, ahli keluarga kami boleh terima ketentuan Allah ini. Kita sayang, Allah lagi sayangkan anak saya.

“Saya sangat bersyukur dengan sumbangan dan keprihatinan kerajaan yang menghulur bantuan kepada kami. Perjuangan Allahyarham begitu ikhlas kerana Allah dan negara dan kehilangannya telah tertulis,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan Raja Perempuan Perlis di kediamannya di Serdang dekat sini.

Hasnul berkata Bernama amat berbesar hati dengan kunjungan Raja Perempuan Perlis ke atas keluarga Allahyarham Noramfaizul.

“Bagi pihak warga Bernama saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerabat Diraja Perlis yang berkenan melawat (keluarga) kakitangan Bernama hari ini,” katanya.

Noramfaizul, 39, yang terkorban ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia, meninggalkan isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

UTAMABERITARaja Perempuan Perlis Ziarah Keluarga Noramfaizul

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium