Raja Petra Beri Kenyataan Kepada Polis - pakdin.my

Polis Di-Raja Malaysia telah mengambil kenyataan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin di Bangkok semalam. Kenyataan itu direkodkan secara sukarela di hotel penginapan Raja Petra di ibunegara Thailand itu berhubung akuan bersumpahnya pada 2008.

Raja Petra mengulangi pengakuannya baru-baru ini bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan warga Mongolia,  Altantuya Sharibuu.

Dalam satu temuramah eksklusif bersama TV3 baru-baru ini, Raja Petra mendedahkan beliau didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu untuk membuat akuan bersumpah itu. Katanya, individu ini mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara pemberi maklumat – seorang pegawai tinggi risikan angkatan tentera malaysia yang berpangkat Kolonel. Menurut Raja Petra, tujuan mereka ialah untuk menyekat Datuk Seri Najib daripada menjadi Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

UTAMABERITARaja Petra Beri Kenyataan Kepada Polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium