Raja-Raja Melayu bersidang di Istana Negara - pakdin.my

Raja-raja Melayu dilaporkan sedang bersidang di Istana Negara di Kuala Lumpur. Adalah dipercayai ini susulan selepas Sultan Muhammad V bertindak turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhammad V dipilih oleh Persidangan Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016. Tempoh baginda dijadualkan berakhir pada 2021.

Sehingga Persidangan Raja-raja Melayu memutuskan pada Yang di-Pertuan Agong yang baru, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, akan bertindak sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.
,Pengganti Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak semestinya Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau mengikut penggiliran seperti pusingan terdahulu.

Sebaliknya, ia bergantung kepada keputusan undi rahsia Majlis Raja-Raja dan persetujuan sultan yang dipilih.

Portal Utusan Malaysia memetik pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, walaupun wujud senarai kekananan mengikut penggiliran terdahulu, Majlis Raja-Raja mempunyai kebebasan untuk memilih tanpa menurut senarai itu.

“Walaupun Majlis Raja-Raja mempunyai senarai mengikut kekananan, tapi ia tidak semestinya menurut kekananan itu sebab ia bergantung kepada undi Majlis Raja-Raja.

“Yang kedua, ia perlu dipersetujui oleh baginda yang dipilih. Walaupun mendapat sokongan tetapi jika baginda sendiri menolak, baginda tidak akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, Seri Paduka memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

Mengikut sistem penggiliran, Sultan negeri seterusnya yang ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah Pahang. Namun, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ketika ini sedang gering.

Sementara itu, jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula kini disandang oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang baru sahaja menamatkan tugas sebagai pemangku Yang di-Pertuan Agong pada 31 Disember lalu.

Setakat ini, hanya tiga negeri yang belum melengkapi giliran Yang di-Pertuan Agong bagi pusingan kedua iaitu Pahang, Johor dan Perak.

Sultan Muhammad V letak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15
https://pakdin.my/sultan-muhammad-v-letak-jawatan-sebagai-yang-di-pertuan-agong-ke-15/

Berita dari Istana Negara: Mahathir terdesak, cuba halang Sultan Johor ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong
https://pakdin.my/berita-dari-istana-negara-mahathir-terdesak-cuba-halang-sultan-johor-ditabal-sebagai-yang-dipertuan-agong/

Kempen memburukkan Raja-Raja sudah bermula
https://pakdin.my/kempen-memburukkan-raja-raja-sudah-bermula/

UTAMABERITARaja-Raja Melayu bersidang di Istana Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium