Home / :: BLOG :: / Raja-Raja Melayu bertindak pertahan Islam

Raja-Raja Melayu bertindak pertahan Islam

RAJA-RAJA Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya berkata, keputusan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu dicapai oleh Raja-Raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lalu, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249.

………………
KUALA LUMPUR: RAJA-RAJA Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini.

Jawatankuasa Tertinggi itu dianggotai lima ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu, manakala Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai urus setianya.

Ia dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Timbalannya, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga Felo di Oxford Centre for Islamic Studies.

Loading...

Manakala keahlian jawatankuasa itu terdiri daripada Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA); bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya berkata, keputusan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu dicapai oleh Raja-Raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lalu, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249.

“Fungsi jawatankuasa itu antaranya adalah untuk mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi-agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman Syariah di peringkat Persekutuan.

“Dalam menjalankan tugas-tugasnya, jawatankuasa tertinggi ini juga akan menerima memorandum dan berbincang dengan pihak yang berkepentingan, termasuk mereka yang sudi dengan sukarela menyampaikan pendapat masing-masing,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menegaskan, penubuhan jawatankuasa tertinggi terbabit selari dengan kedudukan Islam yang termaktub mengikut Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.

“Usaha ini amat wajar kerana ia kekal menghormati prinsip dan bidang kuasa Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, di mana institusi agama terus ditambah baik demi mempertahankan Islam, di samping terus menyebarluaskan nilai-nilai kesejagatan Islam di negara ini,” katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, hasil kajian jawatankuasa tertinggi itu kelak akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja dengan cadangan penambahbaikan bagi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan agar ia berada di atas landasan yang betul.

Sumber: Malaysia Today

……………..
http://pakdin.my/tag/islam/
http://pakdin.my/tag/raja-melayu

(Visited 22 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

59 comments

  1. Maimon Mohammad

    Alhamdulillah, kerajaan yg ada sekarang dah tak boleh diharapkan.

  2. Mustafa Kamal

    Alhamdulilah… kerajaan sekarang telah mula menunjukkan meminggirkan agama islam.

  3. Abdul Rasag Jalil

    Semoga berjalan lancar serta dipermufahkan oleh Allah SWT.

  4. Rohayah Mohamad

    Lepas ni pdrm dan atm pulak bawah kuasa raja raja supaya tidak di politikan…

  5. Mat Asri Mahmud

    Mca mic gerakan dap dan seumpamanya terhindar dari komen dan ikut serta dlm isu islam.. ini cara … cuma kita nak tgk perlaksanaan dipihak kerajaan dari jk tertinggi ini… adakah ia spt fatwa2 yg terbiar tidak dikuatkuasakan oleh undang2…. tq

  6. Lara Indah

    Alhamdulillah terbaik …daulat raja2 melayu…Semoga Allah melimpah rahmat dan dibawah lindungan Allah keatas raja2 melayu aminnn

  7. Farhah Zainal

    #baruakurasanakrespekbalikmajlisraja2

  8. Ismail Mael

    Benda xad pe2 umno bn bangsat ni saja buat hal

  9. Suriati Mat Isa

    Alhamdulillah semoga dipermudahkan dan melimpah rahmat dibawah lindungan Allah swt… Daulat Tuanku raja2 Melayu

  10. Jeff Roy

    Alhamdulillah..

    Kita berdoa bersama.m

  11. Norbidara Zaiha

    Sokong 200%
    Jangan ada yang menghalang hak agama Islam
    Jangan ada yang mengganggu dan mempertikai agama resmi negara
    Hidup Raja-Raja Melayu

  12. Rafeah Kasim

    betul tu jgn hak org islam dipertikaikan

  13. Aini Napiah Aini

    Raja itu pya kuasa …jg Biarkan rejim ph merusak islam npribumi

  14. Khamsah Muhammad

    Alhamdullillah..semoga dalam lindungan Allah..dipermudahkan segala urusan..Daulat tuanku..

  15. Aminah Ghouse

    Bumi Warisan yg Berdaulat..bukan sembarangan tempat yg d huni d tumpangi berbagai manusia…

  16. Mawar Jingga

    Alhamdulillah…semoga keharmonian islam terjaga

  17. Wan Saripah Wan Ahmad

    Bagus, kukuhkan system diraja Dan pertahankan Islam diMalaysia

  18. Ahmad Bin Din Mamang

    Jangan ada geng dap masuk untuk jadi pencelah.udah la.

  19. Adie Ilham

    Tu bagus zaman agung Dan PH sekarang,najib xde kan

  20. Seth Miekael

    Allahuakbar!!!! Daulat Tuanku..!!

  21. Johar Amaran Amaran

    Raja2 harus bertindak skrang demi islam dan melayu …jgn harap krajaan PH tomato…ada menteri agamanya pun lebih kpd lgbt..syiah…dan tokong dapig

  22. Rahmat Abdul Rahman

    Allhamdulliah daulat tuanku.. Patik rakyat anak sabah

  23. Zull Aie

    Ada sesuatu dlm PH yg menggusarkan raja2 kita

  24. Ibrahim Mohamad Ali

    Goyanglah sikit Mahadhir nak kucar kacirkan islam. Kalau nak sebelih babi kena fikir dua kali.

  25. Muhammad Taufik

    What is murka? Kenapa xdak tindakan dekat MP yg biadap 2?

  26. Fozi Mustafa

    Terbaik majlis raja raja sebab skrg semua dah tiada suara

  27. Man Edar

    Kita org bawahan kbykannya byk buat andaian yg salah tentang islam , raja2 dan k,jaan , kita serahkn urusan negara dan agama islam dan lain2 kpd yg memegang tangung jawab , tak perlu kita utarakn pdpt kita , kecuali di pinta , pru 14 sdh blalu , ini lh pilihan rakyat , baik buruk kita terima jer lh , jgn byk soal , jika tak puas hati tgu lh 5 tahun lg ,

  28. Haroman Muhd

    Daulat tuanku..patik amat bersetuju tuanku.

  29. Johari Deraman

    Yg ni ditungu2…Daulat Tuanku… terbaik..

  30. AbOb WaNi

    niy baru betol melayu darah pahlawan..hak kita kene jge..
    daulat tuanku

  31. Sham Bin Hashim Sham

    Sokong 99999999%…gunakan kuasa RAJA-RAJA MELAYU…DAULAT TUANKU…

  32. Azhar Sayuti

    Perkasakan lagi kedudukan Islam,Bangsa Melayu dan Institusi Raja2 Melayu.

  33. Izhar Ali

    Alhamdulillah syukur aamin daulat tuanku

  34. Jamaliah Abd Rahman

    Alhamdulillah
    Semoga dipermudahkan segala urusan Raja2 Melayu dlm memartabatkan Agama Islam di tanah melayu yg tercinta ini.
    DAULAT TUANKU……

  35. Ahmad Albab

    AKU NAK TENGOK ADA TAK MACAI2 MELAYU PH HARAM JADAH BERANI MEMPERTIKAIKANNYA…

  36. Lalana Lalanna

    Klu dah tubuh kan nanti apa peranan ulamak mufti ?
    Agama islam bukan boleh buat keputusan bedasar kan pendapat parti politik.

  37. Yuop Khairudin Tamin

    Syukur Alhamdulillah.
    Sama-sama kita berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan demi BANGSA MELAYU, NEGARA MALAYSIA SERTA AGAMA ISLAM.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...