Raja-Raja Melayu Dukacita Dengan Perilaku Mahathir - pakdin.my

Sultan Selangor berdukacita dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup menentang UMNO, sedangkan parti itu memberinya peluang untuk menjadi perdana menteri di negara ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, kesemua sembilan orang Raja-Raja Melayu turut kecewa dengan tindakan Dr Mahathir yang kembali aktif dalam politik.

“Untuk membina nama baik sangat sukar, untuk memusnahkannya sangat senang. Mahathir berada di sana selama 22 tahun, bukan atas usahanya sendiri.

“Parti yang meletakkannya di sana dan kini dia mahu musnahkan parti. Sebab itu saya kata dia ada sindrom ‘inferiority complex’,” titah baginda seperti dilaporkan The Star.

Bekas Perdana Menteri itu menubuhkan PPBM selepas mengumumkan keluar UMNO pada tahun lalu.

PPBM kemudianya menyertai Pakatan Harapan bersama DAP, PKR dan PAN, di mana beliau turut dilantik menjadi Pengerusi kepada gabungan itu.

Dalam himpunan anjuran pembangkang pada Oktober lalu, Dr Mahathir dilaporkan menggelar perdana menteri ‘berketurunan lanun Bugis’.

Susulan itu, kenyataan itu turut mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin kerana baginda juga berketurunan Bugis.

Sementara itu dalam wawancara bersama Utusan Malaysia, baginda mengesa semua parti politik supaya tidak membangkitkan isu provokasi berkaitan kaum dan agama.

“Kita tak mahu rakyat bertelagah sesama sendiri hanya kerana ada pihak berkepentingan yang jadi ‘batu api’ semata-mata ingin meraih undi.

“Akhirnya nanti, orang Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini yang rugi kerana penyatuan dalam kalangan orang Melayu ketika ini masih rapuh,” kata baginda.

UTAMAPOLITIKRaja-Raja Melayu Dukacita Dengan Perilaku Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium